Followers

Friday, April 11, 2014

PERKASA Jangan Menyebok Urusan Hak Tanah Orang Asal Sabah/Sarawak

9 April 2014

Oleh John Charles Mitah Mikat

PERKASA Jangan Campurtangan Urusan  Hak Tanah Orang Asal Sabah Sarawak,  Borneo Tiada  Warisan/Wasiat Raja-Raja Melayu! PALUI !

Keturunan kami adalah 'Misa-Sangod/Head Hunter'!!!
_______________________________________

ARKIB : 07/04/2014

Perkasa mahu kerajaan keluar laporan terperinci

MELAKA 6 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan mengeluarkan laporan terperinci kedudukan tanah rizab Melayu dan tanah adat di Sabah dan Sarawak setiap lima tahun sekali.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu bagi membolehkan rakyat menilai ketelusan kerajaan dalam menggunapakai tanah rizab berkenaan bagi tujuan pembangunan dan kepentingan awam.

Menurutnya, setiap tanah rizab yang diambil kerajaan atas tujuan pembangunan perlu diganti semula dengan kadar yang sama bagi memastikan Wasiat Raja-raja Melayu yang memperuntukkan 50 peratus tanah rizab untuk orang Melayu terpelihara.

"Raja Melayu telah wasiatkan sebelum merdeka, Islam agama Persekutuan, bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan lebih penting adalah peruntukan 50 peratus tanah rizab Melayu dan tanah adat.

"Saya cadangkan kerajaan keluarkan laporan kedudukan tanah rizab Melayu dan tanah adat ini setiap lima tahun dan dibentangkan di Parlimen sepertimana pembentangan Rancangan Malaysia supaya rakyat boleh membuat semakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa Majlis Perjumpaan Bersama Presiden Perkasa dan Pengisytiharan Barisan Kepimpinan Perkasa Negeri Melaka, di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Menurutnya, fakta mengenai tanah rizab Melayu dan tanah adat ini perlu disampaikan kepada rakyat secara telus kerana mereka berhak untuk mengetahuinya dan kerajaan juga perlulah mengemukakan laporannya secara terperinci dan komprehensif.

"Setiap tanah rizab yang diambil oleh kerajaan mesti diganti walau seinci, kena sama banyak dan kita sebagai rakyat mahu tahu kedudukan terkini tanah ini secara terperinci dan komprehensif.

"Laporan yang dibentang itu perlulah menyatakan berapa banyak tanah rizab Melayu dan tanah adat yang ada di negara ini, berapa banyak yang telah diambil oleh kerajaan untuk projek awam seperti bina jalan, sekolah dan hospital," katanya.

Dalam majlis itu, Pengerusi Veteran UMNO Melaka, Datuk Nordin Yaani dilantik sebagai Yang Dipertua Perkasa Melaka yang baru menggantikan Abdul Rahim Osman yang telah menyandang jawatan itu sejak lima tahun lalu.

Turut dilantik enam Pengerusi kawasan iaitu Pengerusi Perkasa Kawasan Jasin, Ahmad Baharuddin, Rahman Mat (Tangga Batu), Hamdan Kassim (Kota Melaka), Datuk harun Abdullah (Bukit Katil), Datuk Sahar Arfan (Alor Gajah) dan Talib Abdullah (Masjid Tanah).

UtusanONLINE:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140407/dn_19/Perkasa-mahu-kerajaan-keluar-laporan-terperinci© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.