MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN HALAU PARA PENIAGA YANG TIDAK SUKA DENGAN KERAJAAN UMNO/BN NEGERI SEMBILAN, PERGI BERNIAGA KE KELANTAN, SELANGOR ATAU PULAU PINANG!!!!!
Beginilah taraf mentaliti dan kualiti yang ada pada seorang pemimpin UMNO berjawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Makin lama berkuasa makin sombong, angkuh, hidung tinggi dan besar kepala .. masa PRU 13 lalu bukan main lain berkempen kehulu kehilir cukup manis mulut ... bila dah menang terus tunjuk belang.
Paksa para peniaga yang ingin berniaga di Negeri Sembilan mesti sokong UMNO/BN.
Syarat utama kalau nak berniaga di Negeri Sembilan ketika ini mesti sokong UMNO/BN tanpa berbelah bagi... DEMOKRASI APA INI???????
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran kepada peniaga di Medan Selera Ampangan, dekat sini, supaya mencari lokasi perniagaan lain sekiranya ada antara mereka mengutuk kerajaan.
Beliau berkata, peniaga di situ sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan berniaga selesa dan bukannya berterusan mencari salah kerajaan.
“Mahu menumpang di gerai kerajaan, meminta macam-macam tetapi apabila sudah dapat, tempat menghentam kerajaan pula.
“Jika tidak suka dengan kerajaan BN, pergilah berniaga di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang. Ini saya dengar ada yang buka video ceramah parti pembangkang mengutuk kerajaan sepanjang hari, sedangkan berniaga di premis kerajaan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak akan teragak-agak menarik balik lesen peniaga di Medan Selera Ampangan baharu itu sekiranya penyewa enggan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
“Jika didapati ada peniaga mahupun operator yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita akan minta mereka keluar daripada kawasan itu.
“Jangan main ikut suka hati kerana negara ini ada undang-undang dan peraturan. Orang yang suka mengutuk kerajaan juga, saya nasihatkan elok berhenti dan jangan berniaga di sini,” katanya pada sidang media selepas melawat Medan Selera Ampangan yang baharu, di sini semalam..
omakkau
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.