Followers

Wednesday, April 23, 2014

Pemilihan PKR : Zuraida Kamaruddin bakal tumbang?

Photo: Wednesday, April 23, 2014.

Pemilihan PKR : Zuraida Kamaruddin bakal tumbang?

PEREBUTAN kerusi Ketua Wanita PKR tahun ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Zuraida Kamaruddin dengan timbalannya, Rodziah Ismail.

Kedua-dua pemimpin ini mempunyai kekuatan dan pengaruh mereka tersendiri. Seperti pertembungan jawatan lain, persaingan kerusi Ketua Wanita turut memperlihatkan kem dan mentor yang menaungi kedua-dua pemimpin ini.

Zuraida jelas orang Azmin Ali manakala Rodziah dari kem Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Meskipun satu lagi kem bagi calon Timbalan Presiden, Datuk Saifuddin Nasution tidak meletakkan proksi bagi Ketua Wanita, penyokongnya dijangka cenderung untuk memilih Rodziah - asal bukan Azmin!

Bagaimanapun, ini boleh berubah terutama apabila kem Saifuddin juga kebelakangan ini sudah mula membidas kepimpinan Khalid di Selangor.

Sehubungan itu, kesemua ini menjadi variabel untuk meletakkan keputusan persaingan sebagai agak sukar untuk ditentukan meskipun ada pandangan bahawa Zuraida sukar dihalang daripada mengekalkan kedudukan bagi penggal ketiga.

Antara lain, Zuraida dianggap kuat atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Ampang. Beliau diakui agak lantang dalam persidangan Dewan Rakyat, terutama apabila mengetengahkan isu-isu berkaitan hak dan kedudukan wanita.

Selain itu, keberpihakannya kepada Azmin yang dilihat lebih kukuh berbanding dua lagi calon Timbalan Presiden, secara langsung turut mengukuhkan kedudukan Zuraida.

Kebanyakan pemerhati politik yang dirujuk meramal kemungkinan besar Zuraida kekal menerajui jawatan itu kerana rata-rata perwakilan menginginkan calon yang berkaliber dan memahami ideologi parti dalam usaha melestarikan cita-cita untuk menawan Putrajaya.

Meskipun begitu, keupayaan Rodziah yang juga Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor dan Adun Batu Tiga itu tidak boleh dipandang enteng kerana atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, tidak mustahil beliau jadi pilihan anggota parti akar umbi.

Sebilangan pemerhati politik turut membayangkan bahawa Rodziah ada potensi untuk mencipta kejutan.

Ini kerana, di Selangor, beliau telah berjaya mencipta jasa yang bukan sedikit.

Ini termasuk kejayaannya memperjuangkan hak 67 pengawal keselamatan mendapat bayaran penyelarasan gaji minimum dan kerja lebih masa selepas Mahkamah Buruh menerima tuntutan tersebut pada 2011.

Jika Rodziah berjaya mendapat pengaruh dalam kem Khalid dan Saifuddin, ada kemungkinan beliau mampu membuat kejutan besar menumpaskan Zuraida.

Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Apa yang pasti, kedua-dua calon masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk dinilai ahli parti lapor Sinar Harian.

Anak Sungai Derhaka.

KOMEN:
  • Zar Ali III Tak kira siapa yang akan menang, tetapi selepas pemilihan...harus bersatu kembali untuk menumbangkan BN pada PRU 14. Jangan pulak menjangkit "virus" dalam UMNO, terus bermusuhan - sabotaj dan tikam belakang nanti. Tugas utama kita untuk menang dalam PRU 14, bukan merebut kerusi dan kedudukan tinggi dalam parti, takda maknanya kalau kita akan terus tewas dalam PRU akan datang.
     
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.