Followers

Monday, April 28, 2014

Pemilihan PKR 2014: 7 Kawasan Bakal Laksana Pemilihan Semula - by Roslan Alan



PETALING JAYA, 28 APRIL: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memaklumkan tujuh kawasan akan diadakan pemilihan semula ekoran timbul beberapa masalah.
Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul memaklumkan tujuh kawasan itu membabitkan negeri Terengganu iaitu Setiu, Kuala Nerus, Dungun, dan Kemaman, manakala Melaka membabitkan Bukit Katil dan Pahang bagi kawasan Paya Besar dan Jerantut.
Katanya, pemilihan sepatutnya diadakan pada 26 dan 27 April lalu terpaksa diadakan semula ekoran masalah lokasi dan logistik yang menjadi halangan pemilihan.
“Pemilihan semula itu akan diadakan pada 10 Mei ini,” katanya.
Pada masa sama, Johari memaklumkan keputusan pemilihan bagi fasa 1 yang diadakan pada 25, 26 dan 27 April lalu akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Katanya, keputusan itu akan dimuat naik di laman web parti.

“Pemilihan yang sudah selesai itu membabitkan kawasan Lawas, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka,” katanya.

Bagi fasa kedua, pemilihan akan diadakan di Sabah, Kedah, Perlis, Perak serta Pahang, pada 3 dan 4 Mei ini, manakala pada 10 dan 11 Mei pula membabitkan Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.
 
 
Lakmana Bukit Bintang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.