"Bunyi dentuman kuat di belakang lori dan suara orang menjerit telah mengejutkan saya," demikian menurut pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, yang kenderaanya terlibat dengan kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, awal pagi ini.
Kemalangan
pada jam 1.10 pagi itu, mengakibatkan anggota Parlimen Bukit Gelugor
Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius maut di
tempat kejadian.
Ekoran
itu, Abu Mansor berkata beliau memberhentikan kenderaannya dan melihat
kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki lima penumpang melanggar
bahagian belakang kanan lori berkenaan.
"Keluar
dari lori, saya terkejut setelah melihat MPV itu rosak teruk dan
terdapat mangsa yang cedera," katanya ketika pemberita di sini hari ini.
Abu
Mansor berkata pada mulanya beliau tidak mengetahui seorang daripada
lima mangsa yang berada di dalam kenderaan itu adalah bekas pengerusi
DAP.
"Orang
ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian itu memberitahu
saya Karpal Singh berada di dalam kenderaan itu," katanya.
Menurut Abu Mansor, beliau memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit.
Beliau
yang berasal dari Petaling Jaya berkata, beliau sedang dalam perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar
barang antaranya simen dan mozek turut bersama isterinya Nur Azlina
Ahmad, 23, serta seorang kanak-kanak Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah,
4.
Kemalangan
itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga
Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Sementara
anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu
kenderaan MPV C Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami
kecederaan.
Abu Mansor pula hanya cedera ringan manakala dua penumpang lain tidak cedera.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal
ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas
polis mengambil keterangan daripadanya.
"Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi.
Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan yang lebih tepat.
Beliau
berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap
pemandu kenderaan MPV C Selvam, dalam masa terdekat.
-Bernama-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.