KOTA KINABALU:
Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan
kerana cuba menyeludup sepucuk pistol dari Amerika Syarikat ke Kuala
Lumpur akan berhadapan dengan undang-undang negara itu bagi kesalahan
penyeludupan senjata api.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
ketika mengesahkan mengenai perkara itu berkata, pihaknya menerima
maklumat mengenai penangkapan pegawai tentera yang berpangkat ‘mejar’
itu.
“Tan ada apa yang boleh kita lakukan. Dia perlu diadili oleh undang-undang negara itu di atas apa yang dilakukannya.
“Di pihak
kami, kita juga ingin mengetahui mengapa dia mahu menyeludup masuk
pistol itu ke sini,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Pegawai
terbabit ditahan pada 16 April lalu, selepas sepasukan Agen Pentadbiran
Keselamatan dan Pengangkutan Lapangan Terbang (TSA) dan Kastam,
melakukan pemeriksaan pengimbas ke atas bagasi dan kotak dibawanya,
sebelum mengesan objek mencurigakan.
Menurut
laporan portal berita Big Country Homepage, selepas membuka beg pegawai
itu, pasukan keselamatan menemui peti sejuk beku kecil yang di
dalamnya pistol jenis Taurus PT-22 .22 Kaliber, dibalut dengan
bungkusan plastik.
Turut ditemui satu megazine yang mengandungi lapan butir peluru .22 Kaliber, pencabut gabus, pembuka tin serta barring pistol berkenaan yang dipisahkan bagi mengelak dikesan semasa pemeriksaan di lapangan terbang.
Sebaik
senjata api berkenaan ditemui, pasukan keselamatan kemudiannya
memanggil keluar pegawai terbabit yang sudah pun berada di dalam
pesawat sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.
Siasatan
awal mendapasti, pegawai itu yang menjalani kursus latihan ketenteraan
di Pangkalan Tentera Udara AS Goodfellow, San Angelo, sejak 5 Januari
lalu, mengaku membeli senjata daripada seorang pembekal ketika
menghadiri pameran senjata api.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.