Followers

Friday, April 4, 2014

Panas: Video Lucah "Blogger Cucumatkilau" Pula Mahu Di Sebar Jika Tak Jelaskan USD5K Kepada Individu Terbabit

    

KUANTAN - Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli AKA Blogger Cucumatkilau hari ini membuat satu laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota dekat sini susulan mendapat ugutan seorang individu dari Filipina yang mahu menyebarkan video lucah membabitkan beliau jika tidak membuat bayaran USD5,000 ke akaun individu terbabit. 

Menulis diblognya, beliau menafikan bahawa bahagian video lucah yang dipaparkan oleh seorang individu dari Filipina yang menyamar menggunakan nama Xing Jing pada laman sembang sosial facebook adalah miliknya.

"Memang benar saya ada berbual melalui Skype dengan beliau yang menyamar sebagai seorang modelling dari negara China yang kononnya tinggal di Seoul, Korea Seatan. 


Tapi perbualan kami hanya berkaitan isu MH370 dan sebagai kenalan biasa dan tidak lebih dari itu. Tetapi tiba-tiba beliau mengugut untuk menyebarkan video yang memaparkan "alat sulit" saya kepada umum dan menuntut saya membawayr sebanyak USD5,000 kepadanya dalam tempoh dua jam jika tidak mahu video itu disebarkan. 

Susulan dari itu, saya terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota sebagai langkah keselamatan", kata kenyataan di blognya hari ini.




Di bawah ini dipaparkan ugutan-ugutan beliau terhadap saya yang amat keterlaluan. 

Saya syak beliau telah menipu ramai lelaki di Malaysia dengan menggunakan gambar profile dan video perempuan  untuk tujuan mengugut. 

Sebelum ini mungkin sudah ramai yang diugutkan sebenarnya. 

PahangDaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.