PELIIK DAN BENAR~~PAK MENTERI MACAI MAKAN GAJI BUTA ..PERKASA PULA JADI JURUCAKAPNYA~~ berapa pulak upahnya?
Soalan Lim Kit Siang dalam media sosial, bahawa RM300 juta telah dibazirkan bagi meningkatkan keselamatan di Esszone.
Sebahagian Besar Peruntukan Darurat Ops Daulat Beli Aset Pertahanan
SANDAKAN, 9 April (Bernama) -- Sebahagian besar daripada RM200 juta peruntukan darurat untuk menjayakan Ops Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal tahun lepas, digunakan untuk membeli peralatan dan aset pertahanan serta keselamatan.
Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Libaran Sahar Sakka berkata ini termasuk pewujudan balai polis baharu bagi menghadapi pengganas Sulu. Ketika itu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) belum ditubuhkan.
"Peruntukan selebihnya disalurkan kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Keselamatan Negara untuk memantapkan kawalan keselamatan di Esszone (Zon Selamat Timur Sabah), katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menangkis dakwaan penasihat DAP Lim Kit Siang dalam media sosial, bahawa RM300 juta telah dibazirkan bagi meningkatkan keselamatan di Esszone.
Beliau juga menegaskan Esscom 'hanya menerima sebanyak RM2.94 juta' yang digunakan untuk tujuan penubuhan dan pengurusan.
"Jadi, saya ingin bertanya kepada Kit Siang dari mana wang RM300 juta yang Esscom bazirkan?. Ini adalah satu lagi pembohongan Kit Siang kepada rakyat Sabah," katanya.
Esscom yang diwujudkan pada 1 April tahun lepas merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Esszone.
Esszone merangkumi 10 daerah pesisir pantai sepanjang 1,733.7 kilometer meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Sementara itu, di LAHAD DATU ribuan penduduk kampung Tanjung Labian dan kampung sekitarnya yang terletak berhampiran Kampung Tanduo 'marah' dengan cadangan beberapa anggota Parlimen khususnya Kit Siang yang mahu Esscom dibubar atau menghentikan operasinya kerana dikatakan gagal menangani kes jenayah penculikan di Singamata Resort, Semporna Rabu lepas.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.