Followers

Thursday, April 24, 2014

OPS "LAHAD DATU" BELUM LAGI ‪#‎MISSINGMH370‬.

~ ~OPS "LAHAD DATU" BELUM LAGI #MISSINGMH370..~~
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM174 juta sepanjang Ops Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac 2013.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, daripada jumlah tersebut Kementerian Pertahanan menanggung kos sebanyak RM89 juta, Kementerian Dalam Negeri (RM49 juta), Polis Diraja Malaysia (RM30 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (RM6 juta).

Menurut beliau, selain itu Kawasan Kese­lamatan Khas Pantai Timur Sa­­bah (Esscom) yang ditubuhkan selepas tra­gedi di Lahad Datu untuk memantau kese­la­matan, diberikan peruntukan sebanyak RM2.9 juta.

"Tragedi Lahad Datu merupakan pencerobohan berkumpulan orang asing. Kita telah mempamerkan pertahanan yang luar biasa dan berjaya menum­paskan semua musuh," katanya semasa menjawab soalan Senator Saiful Izham Ramli mengenai tragedi Lahad Datu dan pesawat MH370 di Dewan Negara di sini hari ini.

Mengulas mengenai kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Shahidan berkata, berdasarkan Konvensyen Chicago 1944, kos tersebut adalah di bawah tanggungan semua negara yang terlibat.

Sambil menyatakan adalah zalim untuk menuntut bayaran daripada negara yang ditimpa bencana, kata beliau, kerajaan Malaysia menanggung sendiri kos menghantar Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) bagi membantu negara-negara yang dilanda bencana.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang terlibat dengan usaha mencari pesawat MH370 atas dasar kemanusiaan. Kita amat terhutang budi kerana negara-negara berkenaan menanggung sendiri perbelanjaan kos operasi SAR," katanya.

Beliau juga memberitahu, walaupun Jabatan Audit Negara dari semasa ke semasa membuat pengauditan terhadap projek dan aktiviti badan-badan kerajaan, Malaysia Airlines (MAS) adalah di luar bidang kuasa jabatan itu. Kerajaan membelanjakan sebanyak RM174 juta sepanjang Ops Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, daripada jumlah tersebut Kementerian Pertahanan menanggung kos sebanyak RM89 juta, Kementerian Dalam Negeri (RM49 juta), Polis Diraja Malaysia (RM30 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (RM6 juta).


Menurut beliau, selain itu Kawasan Kese­lamatan Khas Pantai Timur Sa­­bah (Esscom) yang ditubuhkan selepas tra­gedi di Lahad Datu untuk memantau kese­la­matan, diberikan peruntukan sebanyak RM2.9 juta.

"Tragedi Lahad Datu merupakan pencerobohan berkumpulan orang asing. Kita telah mempamerkan pertahanan yang luar biasa dan berjaya menum­paskan semua musuh," katanya semasa menjawab soalan Senator Saiful Izham Ramli mengenai tragedi Lahad Datu dan pesawat MH370 di Dewan Negara di sini hari ini.

Mengulas mengenai kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Shahidan berkata, berdasarkan Konvensyen Chicago 1944, kos tersebut adalah di bawah tanggungan semua negara yang terlibat.

Sambil menyatakan adalah zalim untuk menuntut bayaran daripada negara yang ditimpa bencana, kata beliau, kerajaan Malaysia menanggung sendiri kos menghantar Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) bagi membantu negara-negara yang dilanda bencana.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang terlibat dengan usaha mencari pesawat MH370 atas dasar kemanusiaan. Kita amat terhutang budi kerana negara-negara berkenaan menanggung sendiri perbelanjaan kos operasi SAR," katanya.

Beliau juga memberitahu, walaupun Jabatan Audit Negara dari semasa ke semasa membuat pengauditan terhadap projek dan aktiviti badan-badan kerajaan, Malaysia Airlines (MAS) adalah di luar bidang kuasa jabatan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.