Rupanya Penasihat Keselamatan Obama Bertemu Anwar
Kunjungan
pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia selepas lebih lima puluh
tahun menyaksikan Barack Obama bukan hanya bertemu dengan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga pergerakan sivil rakyat
Malaysia.
Obama
dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada hari Sabtu (26 April) sebagai
sebahagian lawatannya ke Asia dan telah menugaskan Penasihat Keselamatan
Negara Susan Rice bagi bertemu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Anwar dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat rupa-rupanya membuat serkap jarang apabila berkata Obama tidak mahu bertemunya.
Mereka
menghamburkan pebagai dakwaan termasuk bahawa Obama dan AS gagal
mempertahankan hak asasi, kebebasan dan keadilan dengan menafikan Anwar
bertemunya.
Dilaporkan,
Obama juga akan bertemu pemimpin-pemimpin daripada Gabungan Pilihanraya
Bersih dan Adil (Bersih), Barisan Kebangkitan Islam dan Majlis Peguam
pada hujung minggu ini di kedutaan AS di Kuala Lumpur.
AFP
memetik seorang pegawai kanan Amerika Syarikat pada 24 April sebagai
berkata, Rice dijadualkan bertemu Anwar ketika Obama mengunjungi
Malaysia.
Agensi
berita itu berkata, Obama perlu mengimbangi pelbagai perkara:
menghormati tuan rumah dan rakannya di Asia Tenggara sambil meninjau
perkembangan politik serta dakwaan yang dibuat terhadap Anwar.
Anwar
disabit kesalahan sodomi pada 7 Mac sementara pakatan pembangkangnya
terjebak di dalam pertempuran panjang dengan parti pemerintah Barisan
Nasional. Beliau diberitahu bahawa Obama tidak akan menemuinya secara
peribadi.
Tetapi
keputusan menghantar Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice bakal
memberi isyarat jelas kerana Rice merupakan pegawai kanan bagi dasar
luar negara AS.
Anwar
memberitahu AFP minggu ini bahawa beliau tidak kecewa tidak dapat
bertemu Obama tetapi menjelaskan bahawa pertemuan itu selari dengan
dasar luar Amerika bagi mempromosi kebebasan dan keadilan.
Pada
bulan Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas
Anwar bagi kesalahan melakukan hubungan sejenis dengan pembantunya pada
2008.
Beliau masih berpeluang membuat rayuan di mahkamah persekutuan.
Selaku
bekas timbalan perdana menteri, Anwar menjalin hubungan baik dengan
Washngton yang setuju dengan laungan reformasi laungannya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.