Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam
peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang
perbuatan itu.
Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak
dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada
peminumnya.
"Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang
kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan
sesuatu di luar kawalan.
"Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan
daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari
ini.
Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha,
Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran
yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau
mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan.
"Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih
minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada
penumpang lain," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian
Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan
penganutnya mengambil minuman keras.
Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada
pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya
kepada penumpang yang tiada larangan sahaja.
Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat.
"Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila
dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin
akan mengganggu penumpang lain.
"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran
Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya
dipetik akhbar berbahasa Melayu itu. ~hrkh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.