Followers

Monday, April 7, 2014

Mustapa mahu MT Umno bincang hudud, satu tindakan positif



Ahmad dan Mustapa perlu berani melakukan perubahan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed nampaknya positif dengan cadangan kerajaan Kelantan untuk mengemukakan private bill di parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. 
 
Pendirian Mustapa itu satu perkembangan positif dan yang dintunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan yang rindukan hukum hudud.

Pernyataan sikap positif Mustapa itu dibayangkan dalam kenyataan akhbar dipetik melaporkan beliau akan membawa soal hudud ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. Mungkin inilah pertama kali Umno memberi respon serious dan positif terhadap hukum hudud yang sudah sekian lama diperkatakan.

Dalam kenyataan akhbar itu Mustapa sebagai mengulas cadangan kerajaan Kelantan, berkata, Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hudud pada pada MT Umno kerana ia perlu dibincagkan sebelum kerajaan negeri Kelantan membentang rang undang-undang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1992 ke parlimen.

Menurutnya cadangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dari pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud.

"Tidak ada masalah, sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," demikian tegas Mustapa kepada pemberita. Pendirian dan sikap Mustapa itu merupakan langkah jitu untuk perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. 
 
Sebagai seorang Islam yang juga mempunyai iltizam kepada agamanya, menjadi tugas Mustapa untuk mempengaruhi MT Umno.

Rabu lepas selepas Exco Kelantan telah memutuskan akan mengemukakan private bill ke parlimen yang diumumkan Menteri Besar Ahmad Yaakub, untuk meminta kebenaran kerajaan Pusat bagi membolehkan kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan pada tahun 1993 dilaksanakan di Kelantan. 
 
Serentak itu juga kerajaan Kelantan meminta agar pindaan berhubung bidang kuasa mahkamah syariah.

Sepatutnya sikap serta semangat demikian, menyokong usaha murni kerajaan Kelantan telah lama diambil oleh Umno, bukannya memperli kerajaan Kelantan apabila cadangan melaksanakan hudud dinyatakan kerana perkara itu adalah tanggungjawab bersama. 
 
Pendirian dan sikap diambil Mustapa itu merupakan satu langkah dan semangat baru dari Umno yang sudah tentu perlu disokong sepenuhnya.

Sebelum ini semasa Umno Kelantan diterajui Dr Mahathir Mohamad dan Annuar Musa sebagai timbalannya, kesediaan seperti itu tidak pernah berlaku bahkan ada ahli perhubungan Umno Kelantan akan membawa cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu ke mahkamah. 
 
Sebenarnya kalau Mahathir bersangka baik dan faham hudud ia lebih memudahkan lagi kerana beliau juga ada perdana menteri ketika itu.

Cuma apa yang diharap, apabila perkara itu dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, jangan pula ada ahli MT yang membangkang atau menolak kerana mengira pembentangan rang undang-undang persendirian itu (private bill) akan menguntungkan Pas. Dalam soal hukum ini janganlah ada permainan politik murahan.

Sepatah kata Mustapa itu, "hudud adalah undang-undang Islam, kita kena sokong" ketegasan itu patut menjadi tanggungjawab semua orang Islam. Kebetulan ia dibawa oleh Pas, Umno sepatutnya menyokong dan berterima kasih kerana Umno juga mengakui memperjuangkan Islam. 
 
Kita yakin kalau cadangan dibawa oleh kerajaan Kelantan itu mendapat sokongan bulat, apa lagi mendapat perestuan MT Umno, kerinduan rakyat Kelantan untuk melihat hudud terlaksana akan kecapaian.

Sehingga kini, selain Mustapa, Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa dan timbalannya Md Alwi Che Ahmad juga menyatakan kesediaan mereka menyokong hukum hudud. Annuar Musa dua kali mengulangi sokongan dan meminta kerajaan Pas melaksanakan hukum hudud.

Manakala Alwi semasa sidang DUN Kelantan yang lalu memberi jaminan kalau hukum hudud dilaksanakan beliau akan menyokong sepenuhnya, bahkan sekiranya perdana menteri, Najib Razak menolak perlaksanaan hukum hudud beliau bersedia untuk meninggalkan Umno. Keberanian dan janji Alwi itu turut mendapat pujian Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam pada itu pimpinan kerajaan Pas Kelantan, khasnya Ahmad Yaakub perlu menggunakan peluang kemurahan hati dan kesedaran pemimpin Umno ini untuk merealisasikan hukum hudud di Kelantan. 
 
Sekiranya hukum hudud dapat dilaksanakan tahun 2015 seperti mana dibayangkan Ahmad Yaakub, ia merupakan kejayaan besar untuknya dan memberi signifiken kepada beliau sebagai Menteri Besar Kelantan. Turut juga mendapat pahala dengan terlaksanakan hukum hudud itu ialah Mustapa Mohamed dan Umno.

Apakah hukum hudud akan menjadi gerak mula ke arah penyatuan politik di antara Pas dan Umno di Kelantan? Tidak mustahil. Sesuai dengan Pas Kelantan yang mendahului perubahan, perkara ini juga boleh berlaku. Apabila Kelantan laksanakan hudud ia juga akan menjadi ikutan negeri lain?

Secara peribadi sejak lama dahulu saya yakin hudud akan dapat dilaksanakan bukan saja di Kelantan tetapi di Malaysia sekiranya umat Islam memahami akan keperluan undang-undang berkenaan dimana melaksankanya sebagai kewajiban sebagai hamba Allah bukan politik semata-mata. [wm.kl.7:56 pm 06/04/14]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.