KENYATAAN MEDIA
Musa Hitam, diskusi di siar secara live. |
Beberapa kenyataan atau maklumat baru yang diberikan pada diskusi itu terutamanya berhubung peristiwa berdarah Memali yang meletus pada 19 November 1985, timbul menjadi polemik mengenai pendedahan beliau bahawa semasa kejadian itu perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang difahami berada di luar negara, sebaliknya ada dalam negara.
Maklumat itu merupakan sesuatu fakta baru tentang kejadian meragut 14
nyawa itu.
Disebabkan kerana wujud kontroversi berhubung pendedahan
beliau itu sehingga Mahathir ingin menyemak keberadaanya pada tarikh
itu, Musa telah membuat kenyataan media bagi menjelaskan apa yang
didedahkan itu.
(Sehingga kini Mahathir belum menjelaskan di mana beliau
sebenarnya berada pada hari kejadian itu.
Kenyataan media itu dikirimkan kepada email saya oleh "PA" beliau. Berikut saya siarkan sepenuhnya kenyataan Musa Hitam:
KENYATAAN MEDIA TUN MUSA HITAM BERHUBUNG ISU MEMALI SUSULAN MAJLIS
DISKUSI ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERTEMAKAN “POLITIK MALAYSIA:
DAHULU DAN SEKARANG”
Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.
Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.
Profesor Agus dari Universiti
Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator.
Format diskusi
menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa
ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi
bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.
Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive
serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator
memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.
Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:
1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.
3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.
Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek
1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir
berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri.
Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas
melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.
3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum,
memberi ingatan dan mengarahkan pihak Polis tentang dua perkara:
(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi; (ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah
Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak Polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali. Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku.
Pada hari kejadian, saya
bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri
di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang
perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan
kematian 4 anggota Polis dan 14 orang awam.
Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:
1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:
1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.
3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam Negeri.
Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen.
Di samping itu, saya turut meminta agar semua media,
termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan
saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap.
Saya telah
membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20
November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.
1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.
1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.
2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.
3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri.
Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau
berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri.
Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.
Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh Parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan Menteri; tidak ada pihak baik daripada Kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.
Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya.

Saya sedar dan memahami
ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk
bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang
tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.
Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.
Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada
Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya.

Saya
serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran
dan kepada Nya
Saya memohon petunjuk dan keadilan.
Saya memohon petunjuk dan keadilan.
TUN MUSA HITAM
4 APRIL 20014.
[wm.kl.4:19 pm 04/04/14]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.