Salah
seorang juruterbang pesawat MH370 cuba menghubungi seseorang menerusi
panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang serendah 5000 kaki di
ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya, lapor akhbar New
Straits Times (NST) hari ini.
Laporan
eksklusif akhbar itu berkata panggilan tersebut datangnya dari telefon
bimbit milik pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid (gambar).
(NST menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)
Sumber
maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang
dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat
tersebut yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.
Difahamkan
pesawat Boeing 777-200 ER itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah
bagi membolehkan isyarat telefon bimbit dikesan oleh pemancar
telekomunikasi di darat.
Panggilan
tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan,
menurut laporan NST itu lagi, sambil menambah sumber tersebut enggan
mendedahkan siapa yang dihubungi oleh Fariq.
Semalam,
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis
merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak, termasuk
anggota keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370, bagi
membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.
Khalid
berkata lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan dan
polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan bagi mengelakkan gangguan
siasatan.
MH370
hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing. Sehingga kini, operasi
mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara di selatan Lautan
Hindi gagal menemui sebarang serpihan. - 12 April, 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.