Followers

Monday, April 7, 2014

Menteri - Pelabur Akan Lari Jika Kerajaan Ambil Alih Tol !!

Photo: Menteri - Pelabur Akan Lari Jika Kerajaan Ambil Alih Tol !!

Cadangan supaya kerajaan membeli semula syarikat konsesi tol perlu dikaji dan ditimbang dari segi keperluan rakyat, kemampuan kerajaan dan implikasi tindakan tersebut kepada negara secara keseluruhan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata jika kerajaan mengambil alih keseluruhan syarikat konsesi, para pelabur akan memandang tindakan itu sebagai langkah memiliknegarakan keseluruhan syarikat.

"Ini akan menyebabkan pelabur tidak berani melabur di Malaysia," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Fadillah, dasar penswastaan negara bertujuan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan menggalak pertumbuhan ekonomi.

"Jika kerajaan mengambil alih syarikat konsesi tol, rakyat akan mengharapkan pemansuhan bayaran tol dan ini melibatkan dua kos yang begitu besar," katanya.

Fadillah berkata kerajaan mulai 2008 melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk mengurangkan beban tol yang ditanggung pengguna.

"Keprihatinan kerajaan ini diterjemah melalui pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan seperti bengkel dan makmal kerajaan serta sesi perundingan dengan syarikat konsesi yang terlibat.

"Antara inisiatif yang diambil ialah penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, penutupan, pemansuhan dan pengurangan kadar tol berbanding kadar sebenar mengikut konsesi tertentu dan penstrukturan semula kadar tol," katanya.

- Bernama

 
Posted by Jeebond BLM Cadangan supaya kerajaan membeli semula syarikat konsesi tol perlu dikaji dan ditimbang dari segi keperluan rakyat, kemampuan kerajaan dan implikasi tindakan tersebut kepada negara secara keseluruhan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata jika kerajaan mengambil alih keseluruhan syarikat konsesi, para pelabur akan memandang tindakan itu sebagai langkah memiliknegarakan keseluruhan syarikat.

"Ini akan menyebabkan pelabur tidak berani melabur di Malaysia," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Fadillah, dasar penswastaan negara bertujuan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan menggalak pertumbuhan ekonomi.

"Jika kerajaan mengambil alih syarikat konsesi tol, rakyat akan mengharapkan pemansuhan bayaran tol dan ini melibatkan dua kos yang begitu besar," katanya.

Fadillah berkata kerajaan mulai 2008 melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk mengurangkan beban tol yang ditanggung pengguna.

"Keprihatinan kerajaan ini diterjemah melalui pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan seperti bengkel dan makmal kerajaan serta sesi perundingan dengan syarikat konsesi yang terlibat.

"Antara inisiatif yang diambil ialah penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, penutupan, pemansuhan dan pengurangan kadar tol berbanding kadar sebenar mengikut konsesi tertentu dan penstrukturan semula kadar tol," katanya.

- Bernama


Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.