ALAHAI POK JIB CEPAT2LAH LETAK JAWATAN...KUTUKAN DARI BLOGGER MACAI NAMPAKNYA LEBIH DAHSYAT DARI PEJUANG PR..
Desakan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana.
Panggilan nama yang jelek seperti "Najib kangkung" dan "PM tidak berguna" sedang menjadi buah mulut di kalangan para blogger pro- Umno seperti OutSyed The Box, The Unspinners dan Apanama sejak bulan lalu, dan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut ke belakang.
"Saya harap Najib boleh membaca tulisan kami. Letak jawatan dan pergi berambus .... Kita akan melihat beliau terburai tidak lama lagi ...
Hari demi hari manusia kangkung itu akan dihiris dan dipotong-potong jadi buah dadu. Oleh orangnya sendiri, " demikian tulis blogger terkenal Syed Akbar Ali di dalam satu postingnya minggu lepas.
Blogger Apanama pula menulis pada 8 Jan: "Kerajaan / kepimpinan hari ini kelihatan lebih teruk daripada kepimpinan zaman gelap Abdullah Ahmad Badawi ...
"Lebih baik Najib ambil tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi.
Saya khuatir bahawa jika anda gagal untuk mencerna sentimen / fikiran / kesetiaan Kerajaan / penyokong kuat BN di kalangan rakyat, anda akan terpaksa turun seperti mana Pak lah telah lalui."
Serangan siber dari kalangan ahli Umno ini adalah imbauan terhadap tekanan serupa yang telah mereka lakukan ke atas bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pada tahun 2007; penulis blog pro- Umno yang sama mendakwa peletakan jawatan Abdullah dahulu adalah hasil-usaha mereka di dalam "konpsirasi membawa beliau turun".
Penganalisis politik tidak menafikan bahawa tulisan blogger berkenaan mempengaruhi 'cara masyarakat siber melihat pemimpin mereka, menggambarkan Najib, sepertimana ke atas Pak Lah, sebagai orang yang bebal yang terpisah daripada realiti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.