Pakaian
digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan
MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai
untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.
Bung
yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang
dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan
dalam persidangan.
"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.
Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.
"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.
Tidak
berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa
Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.
"Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.
Bung
yang enggan beralah berkata, pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen
juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok
dibenarkan berpakaian begitu.
Ismail
yang menamatkan pertengkaran berkenaan seterusnya berkata beliau tidak
memandang berat perkara tersebut memandangkan hari ini merupakan hari
terakhir persidangan bagi penggal ini.
"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.