Followers

Tuesday, April 8, 2014

MAS dijangka bankrap selepas MH370 hilang ARIF ATAN

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) dijangka berdepan kemungkinan bankrap akibat tragedi kehilangan pesawat MH370, tegas Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya, MAS bakal diarah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa men cecah ratusan juta ringgit selain penurunan jualan tiket penerbangan.

“Tahun lalu (2013) saja, MAS rugi besar mencecah RM1.17 bilion berbanding RM432.57 juta pada 2012.

“Impak kewangan dan aspek pengurusan berkaitan misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk kos menerbangkan keluarga ke Perth tentunya jauh lebih rumit,” ujarnya kepada Harakah, 4 April lalu.

Menurut Dr Dzulkefly, MAS perlu membayar jumlah lebih tinggi jika disabit kan bersalah selepas membuat pembayaran awal sebanyak RM16,500 (USD5000) kepada waris penumpang.

“Mengikut perjanjian an tarabangsa MAS perlu membayar USD 175, 000 setiap mangsa,” katanya.

Kritikan orang ramai terhadap syarikat penerbangan nasional itu, jelasnya, memberi impak besar meski pun diakui MAS telah se baik mungkin cuba menangani kehilangan pesawatnya.

“Nasib MAS ibarat sudah jatuh bukan sekadar ditimpa tangga tetapi rumah apabila dibelenggu krisis keyakinan orang awam akibat gagalnya MH370 dikesan sam pai hari ini (4 April),” ujarnya lagi.
 
 
Kerengga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.