Followers

Monday, April 21, 2014

Mamak Ni Perasan Dia Fikir Dia Masih Perdana Menteri ?

Photo: ~~Rasa macam tidak tergamak setiap hari nak posting wajah mamak Maddey Kuttey nii.Namun kerana mahu menyatakan kebenaran buatlah apa yg patut.Sesungguhnya krisis air di Selangor bukanlah sesuatu isu yg sangat besar bagi rakyat marhaen.Kenaikan harga barang dan  kos hidup yg semakin tinggi berpunca dari regim UMNU rasanya  lebih menderitakan rakyat.Namun regim UMNUU lebih bijak menggunakan macai2 mereka untuk mengambil kesempatan membesar2kan isu air. Jika dilihat "isu air" sebenarnya  berpunca dari  kejadian alam semulajadi..yakni walaupun hujan tetapi tidak dikawasan tadahan empangan bekalan air...negeri dibawah pentadbiran BN  pun ada yg mengalami tetapi tidak dihebohkan ~~
 
Rasa macam tidak tergamak setiap hari nak posting wajah mamak Maddey Kuttey nii.
 
Namun kerana mahu menyatakan kebenaran buatlah apa yg patut.  Sesungguhnya krisis air di Selangor bukanlah sesuatu isu yg sangat besar bagi rakyat marhaen.
 
Kenaikan harga barang dan kos hidup yg semakin tinggi berpunca dari regim UMNU rasanya lebih menderitakan rakyat.
 
Namun regim UMNUU lebih bijak menggunakan macai2 mereka untuk mengambil kesempatan membesar2kan isu air. 
 
Jika dilihat "isu air" sebenarnya berpunca dari kejadian alam semulajadi..yakni walaupun hujan tetapi tidak dikawasan tadahan empangan bekalan air...negeri dibawah pentadbiran BN pun ada yg mengalami tetapi tidak dihebohkan ~~.
 
Lagipun, pengurusan SYABAS telah diambil alih oleh Kerajaan Pusat.  Mamak ni tidur ker apa?
 
 
 

Ambil alih industri air: Pusat jangan mangsakan rakyat Selangor!

(Basyar Ab Kadir)

PETALING JAYA 14 JAN: KEADILAN memberi amaran kepada Kerajaan Pusat supaya tidak menyalahguna kuasa terhadap pengambilalihan industri air di Selangor melalui Akta Perkhidmatan Air 2006 mengikut Fasal 114.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Fasal 114 membolehkan Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil alih sepenuhnya harta, perniagaan dan perjalanan harian sesuatu pemegang konsesi atas
kepentingan negara.


Beliau bimbang jika pengambilalihan ini diteruskan oleh Kerajaan Selangor akan menyebabkan monopoli melampau syarikat kroni Umno BN, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga.

Rafizi“Fasal 114 memberi kuasa penuh kepada menteri dan SPAN untuk menguruskan hal ehwal air, termasuklah soal memilih badan atau syarikat yang dipertanggungjawabkan menguasai keseluruhan aset air di Lembah Klang.

“Saya khuatir jika tidak berhati-hati, Kerajaan Persekutuan akan memilih Puncak Niaga dan Syabas yang diberi kuasa untuk mengambil alih semua pemegang konsesi lain dan menjadikannya monopoli air terbesar di Malaysia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Pandan itu, jika perkara ini diteruskan, rakyat Selangor bakal menjadi mangsa kenaikan harga air kerana menurutnya Fasal 114 menunjukkan Kerajaan Pusat berkuasa penuh atas sebarang perjanjian, kenaikan tarif dan sebagainya.

“Melalui Fasal 114, Kerajaan Persekutuan berkuasa penuh memeterai kembali apa-apa perjanjian dan kadar baru tarif air di Selangor dan Lembah Kelang. Saya khuatir keadaan ini dimanipulasi untuk menghukum rakyat dengan kenaikan tarif air, yang selama ini ditolak Kerajaan Selangor,” katanya.

Tegas Rafizi, pengambilalihan secara paksaan ini jelas bertentangan dengan suara majoriti rakyat Selangor yang memilih Pakatan Rakyat di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Dari segi undang-undang, memang kerajaan boleh mengambil alih pengurusan air ini mengikut Fasal 114. Tetapi kerajaan jangan sekali-kali menyalahgunakan bidang kuasa ini.

“Saya bersama Ahli Parlimen KEADILAN dan Pakatan Rakyat di Selangor akan mengikuti setiap perkembangan dengan teliti dan tidak teragak-agak mengambil tindakan politik atau mahkamah jika berlaku salah guna kuasa kerajaan,” tegasnya.

Jelas Rafizi, jika pengambilalihan pengurusan air itu diteruskan, Kerajaan Pusat perlu memberi komitmen yang ditandatangani secara rasmi dengan kerajaan negeri untuk memastikan hal ehwal kebajikan rakyat Selangor dipertahankan.

“Pengurusan air hendaklah kekal di bawah pentadbiran Selangor melalui anak syarikat yang dipilih oleh Selangor. Fasal 114 beri kuasa penuh kepada menteri dan SPAN untuk uruskan termasuk memilih syarikat untuk kuasai keseluruhan aset air di Lembah Klang.

Menyentuh isu Projek Langat 2, Rafizi berkata, kontrak dan kos pelaksanaannya mestilah telus dan adil kepada rakyat Selangor.

“Pastikan projek ini telus dan adil. Kos pelaksanaan Projek Langat 2 akan menjadi kos tambahan kepada pembekalan air di Selangor dan Lembah Klang.

“Saya khuatir harganya akan melambung kerana kuasa melaksana adalah sepenuhnya di tangan Kerajaan Pusat dan sudah tentu ia memberi kesan kepada tarif air Selangor kelak,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Pusat menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor pada 9 September 2013 berhubung hasrat untuk menggunakan kuasa di bawah Fasal 114, dan jika ini diteruskan, maka seluruh kuasa dan keputusan mengenai pembekalan air di Selangor dan Lembah Kelang kini dikuasai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58271.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.