MEMBERIKAN IDEA UNTUK CUBA MEMECAHBELAHKAN IKATAN GABUNGAN PR DEMI MENYELAMATKAN KUASA REGIM UMNU
PADA PRU 14 NANTI.
Hukum Hudud: Pas Perlu Keluar Pakatan
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) sekiranya parti itu berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam kerana sekutunya dalam pakatan itu menentang keras cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshe berkata tindakan DAP dan PKR menentang cadangan itu juga membuktikan bahawa mereka tidak menghormati asas perjuangan Pas.
Syed Ali berkata selama ini PAS sanggup bersubahat dengan agenda politik DAP dan PKR tetapi sekarang masanya amat sesuai untuk parti itu keluar daripada PR.
"Jalan terbaik bagi PAS ialah tinggalkan DAP dan PKR jika parti itu (Pas) mempunyai maruah," tegas beliau dalam laman blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com
Beliau berkata jika benar asas perjuangan Pas berasaskan Islam maka tidak sewajarnya parti itu tunduk kepada tekanan.
Syed Ali mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bahawa parti itu tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, PKR dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah(2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.
Sehubungan itu katanya Abdul Hadi perlu membuktikan kepada rakyat khususnya di Kelantan bahawa parti Pas tegas untuk melaksankana hukum hudud.
"Kita harap Presiden Pas itu tidak bermain politik apabila cadangan tersebut ditentang keras oleh DAP dan PKR," tegasnya.
BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.