Followers

Monday, April 14, 2014

" Kita Tengok Apa Macai UMNO BN Akan Kata Lepas Membaca Perkabaran Baru Dari Selangor Ini "


Ulasan TikaqBuloh :


Masa naik satu masa dulu riuh 1 Malaysia, keluarlah kenyataan dari macai-macai UMNO BN, keluarlah kenyataan dari pemerhati politik kangkung. Sekarang bila dah turun tidak mahu buat publisiti kah???

Masuk Tv3 bagai, kenaikan tidak sesuailah, wang boleh digunakan untuk kebajikan rakyat Selangorlah, macam-macamlah yang keluar dari mulut macai. Padahal masa kabinet Sarawak bersidang dan memutuskan menaikkan gaji Menteri Besar dan yang lain semua senyap sunyi, padahal kenaikan gaji Taib Mahmud lagi tinggi dari Khalid Ibrahim. 

TMI : Kerajaan Selangor memutuskan untuk memotong gaji menteri besar, exco, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan timbalan speaker selepas menerima kenaikan pada awal 2014, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri besar Selangor itu berkata, bagi gaji dan elaun menteri besar, kenaikan gaji kepada RM29,250 dipotong sebanyak RM15,074.86 menjadi RM14,175.15.

Katanya, gaji baru exco yang sepatutnya berjumlah RM20,250 pula dipotong sebanyak RM5,250 menjadi RM15,000.

Sementara Speaker DUN pula yang menerima kenaikan RM24,500 dipotong sebanyak RM7,500 menjadi RM15,000.

Timbalan Speaker DUN yang menerima kadar kenaikan gaji paling tinggi sebanyak RM15,750 dipotong RM3,750 menjadi RM12,000 .

Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikekalkan kepada RM11,250.

“Jumlah pemotongan gaji itu akan disalurkan ke dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya pada sidang DUN hari ini. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan 2014 hari ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Mohamed Azmin Ali kemudiannya bangkit dan menyambut baik tindakan Khalid yang dianggapnya sebagai formula terbaik menangani beban kenaikan kos sara hidup rakyat secara bersama.

"Banyak permintaan dan desakan yang dibuat. Adun memohon agar sejumlah peruntukan digunakan untuk pembangunan memandangkan rizab amat memberangsangkan dan kita menyambut baik usaha kerajaan negeri bagi mastikan prinsip dapat dipertahankan," katanya.

Bagaimanapun, keputusan itu dibantah Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Adun Kampung Tunku, Lau Weng San yang berpendapat kenaikan gaji itu wajar dikekalkan kerana ia hasil usaha keras Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan kemenangan di Selangor.

"Saya tidak setuju sebab kita bukan ambil duit curi-curi. Ini hasil kerja keras kita selama 6 tahun," kata Ng.

Pendapat itu kemudian disokong Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang membidas pemotongan gaji itu dilakukan tanpa asas yang wajar dan hanya disebabkan faktor desakan, bukannya kekangan kewangan.

Katanya, kenaikan gaji itu perlu bagi mengiktiraf kedudukan dan sumbangan serta peranan jawatan menteri besar dalam urus tadbir negeri.

"Kalau peruntukan mahu disumbangkan kepada rakyat kenapa tidak disediakan dalam bajet terus kepada rakyat? Tidaklah orang kata main wayang," katanya.

Sidang DUN pada tahun lalu di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 meluluskan kenaikan gaji berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

Gaji menteri besar Selangor yang berjumlah RM14,175.15 meningkat 106.4% sejak kali terakhir dinaikkan pada 2005.

Manakala, speaker dewan daripada RM6,109.29 naik 268% timbalan speaker pula RM3,327.5 naik 373%.

Exco pula, gaji asal RM6,109.29 meningkat sebanyak 231% dan Adun pula naik 87% daripada RM6,000 gaji asal.

Kenaikan itu mendapat bantahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang menganggap menteri besar tidak peka terhadap beban kenaikan kos sara hidup rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendesak Khalid menyemak semula kadar kenaikan gaji tersebut yang dianggapnya sebagai tidak wajar.
 
 
Tikaqbuloh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.