DAP meminta PAS keluar dari
Pakatan Rakyat jika masih bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan,
kerana perlaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat yang
menggabungkan 3 buah parti termasuk PAS.
Selain dari DAP banyak parti-parti
lain seperti MCA dan beberapa buah parti di Sabah dan Sarawak
juga tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud itu.
DAP berpendapat PAS tidak
seharusnya berpendirian untuk mendapatkan semua kehendaknya, disamping mendapat
sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat tetapi tidak bersetuju dengan pendirian
PR dalam isu hudud.
Kata Pengerusi Organisasi DAP, dalam politik tidak ada
kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal. Itu benar kerana politik itu
hidup dan selalu berubah-ubah keadaan dan situasinya.
Semasa perdebatan diantara
Setiausaha Agung DAP dengan Chua Soi Lek beberapa ketika dahulu, DAP telah
mempertahankan perhubungannya dengan PAS kerana isu hudud itu menjadi isu
hangat yang dipermainkan oleh MCA.
Lim Guan Eng dengan jelas memberitahu
hadirin dan masyarakat awam yang DAP menghormati perjuangan bangsa dan agama
lain dan itu pun sebabnya ada perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Tetapi dalam keadaan akhir-akhir
ini DAP nampaknya sangat keras menentang apa yang hendak dilakukan oleh PAS dan
janjinya untuk menghormati perjuangan bangsa dan agama lain sudah jelas
bukannya janji yang mudah dikotakan oleh parti yang dikuasai oleh kaum Cina itu.
Jadi betullah kata pemimpin DAP itu yang dalam politik tidak ada kawan dan
musuh yang kekal.
Maka dalam situasi sekarang ini
perpecahan dan pertentangan berlandaskan agama dan perkauman semakin melebar.
Sudah ramai yang memperjuangkan politik kepelbagaian kaum semakin cemas kerana
nampaknya masing-masing bangsa sedang berusaha untuk menguasai politik negara.
Kaum Cinanya sudah bersatu dengan kaumnya sendiri dan kaum bukan Cina seperti
Melayu sudah mula bersama-sama memikirkan nasib bangsanya sendiri.
Saya mengambil isu ini untuk
dikomen kerana blog ini sudah begitu lama berharap akan ada politik baru dalam
negara ini kerana mereka yang sedang menguasai politik kerajaan dan pembangkang
sudah jelas tidak mampu untuk memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh parti
pimpinan mereka.
UMNO yang menentang keras hukum hudud telah mula ada seruan
dikalangan pimpinannya untuk parti itu dengan PAS bersatu dan melaksanakan
agenda bangsa dan agamanya termasuk hukum hudud ini.
Dalam keadaan sekarang, tidak ada
kemungkinan yang rakyat akan bersatu seperti yang kita alami dahulu.
Yang kita
nampak sekarang di semenanjung ini jika kuasa politik di perolehi oleh kaum
Cina maka ini akan merupakan kematian bagi kaum Melayu dan bangsa itu akan
hilang identitinya sendiri.
Di sebaliknya jika mandat diperolehi oleh kaum
Melayu maka kuasa politik itu tidak akan mampu dirasakan oleh kaum Cina
seperti dahulu semasa MCA menjadi tulang belakang perjuangan untuk kaum Cina
dahulu.
Justeru negara memerlukan
kepimpinan yang berimej yang berlainan dari yang ada sekarang, baik dari pihak
kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
Kita terpaksa memulakan politik baru yang
membolehkan semua kaum tidak merasa ketinggalan dalam arus dan kuasa politik
dan semua bidang kehidupan manusia yang tinggal dalam negara ini.
Dalam keadaan politik
Melayu yang kian lemah, sudah timbul kesedaran yang Melayu perlu bersatu kerana
orang melayu sudah tidak sanggup menahan cemuhan bangsa lain sekarang ini.
Begitu juga lah bangsa lain sudah tidak lagi mampu untuk membendung perasaan
tidak puas hati dalam keadaan politik kini.
Jika bersatunya Melayu maka ia
akan membuktikan yang kuasa politik negara ini terletak ditangan Melayu dan
pemimpinnya. Tetapi bolehkah Melayu itu bersatu dengan kepimpinan yang ada pada
hari ini?
Jawapannya tentulah tidak!, kerana pimpinan Melayu terutamanya dalam
UMNO sudah hilang arah matlamatnya kerana mereka sudah membudayakan politik
ampu mengampu dan bergantung kepada perut yang gondolan untuk berkuasa yang
mengakibatkan perpecahan dikalangan pimpinan dan rakyat Melayu itu sendiri.
Tetapi sebusuk-busuk melayu itu jika ia berkuasa ia masih ada terbau Melayu nya.
Mahu tidak mahu semua kaum mesti
mengakui yang politik negara ini adalah bergantung kepada kaum Melayu jika
mereka berpadu.
Oleh yang demikian, jika ada usaha oleh bangsa Melayu yang
berada dalam PAS, UMNO dan PKR, maka kedudukan dan kekuatan politik melayu itu
akan tetap kekal menguasai politik tanahair kita ini.
Permainan ‘partisan politics’
sudah tidak lagi mampu untuk negara ini dikekalkan kerana masing-masing bangsa
tidak mahu berkorban untuk kemahuan negara.
Jika ini keadaannya dan tidak boleh
di elakkan lagi maka perpaduan UMNO dengan PAS itu adalah satu usaha yang paling
baik tetapi biarlah mereka yang melakukan jenayah politik dalam UMNO itu
serta-merta berundur dan dicari pemimpin yang baru untuk melakukan pembaharuan
siasah negara ini.
Saya secara peribadi merasakan
yang lanskap politik tanahair akan berubah dengan pesatnya dengan keluarnya
seruan lantang dari pemimpin DAP supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Apabila
sudah hambur kata-kata seperti itu maka ia menunjukkan yang perhubungan dan
penyatuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak akan kekal dan akan
berpecah dalam jangka masa yang agak deras.
Blog ini meramalkan yang Pakatan
Rakyat akan berbentuk lain tanpa PAS di dalamnya. Jika itu berlaku maka niat
dan hasrat Pakatan Rakyat untuk duduk di Putrajaya hanyalah mimpi disiang hari
sahaja.
Mungkin ramai ‘polical novis’ tidak bersetuju dengan pandangan ini,
tetapi itu tidak mengapa. Masing-masing perlu melalui hakikat ini dalam PRU
yang akan datang sebelum yakin dengan apa yang saya katakan ini.
Itu sebab saya ulangi, jika
mereka dalam DAP dan parti-parti berbangsa bukan Melayu yang lain mahu
merasakan nikmat bersama berkuasa, wajar berfikir untuk menurunkan ego
masing-masing dan bersama-sama melalui proses perubahan bagi mewujudkan politik
dan siasah yang baru bagi negara ini.
Jika sekarang ramai ahli-ahli parlimen
sedang melakukan lobi melobi dikalangan mereka dalam isu hudud, mereka juga
sepatutnya juga lobi melobi untuk memilih kepimpinan baru negara bagi
mendapatkan ‘ambience’ baru dalam politik negara ini.
Sekali lagi blog ini mengulangi, ‘we
need to start new politics urgently’ sebelum terlambat. Jangan dilengah-lengahkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.