SOALAN CEPUMAS SIAPAKAH ANTARA "TOKOH BADUT " DI MALAYSIA KETIKA INI??
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kerjaya badut yang sinonim dengan solekan tebal pada wajah, tidak menarik dan hanya untuk dunia hiburan kanak-kanak ternyata bukanlah halangan untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa dan berpendapatan lumayan.
Secara umumnya, masyarakat menilai dan memandang rendah kerjaya ini yang boleh dilihat di sekitar majlis-majlis sambutan ulang tahun atau karnival dengan berbekalkan pelbagai jenis belon dan alatan magis yang lain.
Namun, pandangan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian bahkan menguatkan lagi semangat 'Mr. Papa Clown' atau nama sebenarnya Mohd Rayyan Roslee, 35, yang menjadikan kerjaya badut sebagai sumber pendapatan dirinya sekeluarga.
Katanya, beliau mampu meraih pendapatan sehingga RM7,000 sebulan dengan meletakkan sasaran beberapa buah karnival atau majlis yang memerlukan perkhidmatannya.
Bayaran yang dikenakan berdasarkan pakej yang ditawarkan yang meliputi pertunjukan silap mata, persembahan belon dan permainan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.