"Perlembagaan boleh dipinda tetapi Al-Quran tidak boleh dipinda'" hujah kemas Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM – "Perlembagaan boleh dipinda
tetapi al-Quran tidak boleh dipinda'" demikian kemas kini status Twitter
terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Status itu dilihat seolah-olah membidas kenyataan Pengerusi Biro Perundangan DAP Kebangsaan, Gobind Sing Deo, semalam.
Melalui status itu, Khairy berkata permasalahan hukum hudud bukan soal pelaksanaan sebaliknya penerimaan hukum tersebut.
“Apakah pelaksanaannya (hudud) praktikal
dalam negara seperti Malaysia? Apakah kita mempunyai persekitaran yang
sesuai untuk ia dilaksanakan? Itu soalnya.
“Hudud bertentangan dengan Perlembagaan?
Perlembagaan boleh dipinda. Al-Quran tidak boleh dipinda. Soalnya
pelaksanaan bukan penerimaan,” tulisnya pagi ini.
Semalam, Gobind menegaskan bahawa DAP
tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus
menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan
Perlembagaan dan bertentangan agenda PR.
Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk
Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih
sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang
persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu
sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menganggarkan hukum hudud dapat
dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya
tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang
undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.