Followers

Thursday, April 17, 2014

KEMATIAN KARPAL: Pemandu lori di bawah pengaruh dadah ??


IPOH - Pemandu lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan mendiang Karpal Singh dan pembantu peribadinya ditahan setelah didapati positif ganja.

Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun itu kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, berdasarkan saringan awal ujian air kencing yang dilakukan, pemandu lori didapati positif ganja.

"Kita sudah ambil keterangan lelaki itu dan kini, dia sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Bagaimanapun ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat," katanya.

Lori yang membawa muatan barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek serta besi menghala ke Ipoh itu merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.

Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38 serta pemandu MPV, C Selvam yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini. -Sinar harian

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.