PUTRAJAYA - Bekas ahli DAP Pulau Pinang, Rahmad Isahak mendakwa
integriti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah dipermainkan oleh
parti pembangkang itu apabila pengerusinya Karpal Singh meletakkan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini.
Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dakwanya jelas memperlekehkan Seksyen 9 (A) dan Seksyen 9 (B) Akta Pertubuhan 1966.
"Sebenarnya apa dilakukan Karpal adalah cuba memperlekehkan kuasa ROS sebab tindakan peletakkan jawatannya tidak membawa sebarang makna selain merendahkan martabat ROS.
"Pada waktu sama bekas pemimpin DAP tidak mahu menghormati undang-undang negara dan meneruskan aktiviti kepartian mereka," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pejabat ROS di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan Karpal yang meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP kebangsaan pada Sabtu lalu.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RN4,000 kepadanya di bawah Akta Hasutan 1948.
Menurut Akta Pertubuhan 1966, individu yang dihukum denda lebih RM2,000 atau penjara lebih dari setahun dilarang memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar.
Dalam pada itu, Rahmad mendesak ROS perlu menyatakan pendirian mereka terhadap DAP selepas sikap berdiam diri itu telah menimbulkan banyak persoalan termasuk pemimpin DAP menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.
"ROS kena faham bahawa DAP adalah kerajaan di Pulau Pinang (19 kerusi) dan sebahagian kerajaan negeri Selangor (15 kerusi).
"Banyak persoalan timbul sekarang tentang apakah status kedudukan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan negeri-negeri lain oleh wakil rakyat mereka," dakwanya.
Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass pula berkata, tempoh siasatan pendaftaran parti itu sudah mencukupi malah ROS perlu menyatakan pendirian mereka segera.
"Sudah cukup lama kami menunggu keputusan itu lebih setahun dan pertemuan kami dengan ROS mendapat tahu siasatan masih berjalan.
"Adakah DAP tidak beri kerjasama hingga ambil bertahun-tahun buat siasatan itu," katanya.
Beliau juga kesal dengan tindakan Karpal baru-baru ini yang meletakkan jawatan pengerusi parti sedangkan CEC itu sendiri belum diiktiraf ROS.
"Ini adalah satu permainan Karpal, ROS pula mengatakan mereka tiada kena mengena dengan peletakkan jawatan itu.
"Tindakan Karpal memberikan laluan kepada Tan Kok Wai sebagai pemangku pengerusi DAP itu pun tidak boleh dilakukan kerana CEC itu sendiri belum diiktiraf DAP," katanya lagi. -Sinar harian
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com./

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.