PDRM : KAMI BUAT KERJA IKUT TELUNJUK DEPA ...
Pemilik akaun Facebook hina Rosmah ditahan polis
Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.
Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.
Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.
Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.
Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.
Hina Karpal: Umno beri nasihat tapi tiada tindakan, kata Tengku Adnan
Umno hari ini berkata akan bertindak untuk menasihati Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad susulan daripada perbuatan pemimpin itu yang menghina kematian mendiang Karpal Singh di laman Facebook minggu lalu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan displin akan dikenakan ke atas ahli Parlimen itu memandangkan Nawawi sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Saya sudah komen mengenai kes ini menerusi akaun Twitter saya. Dalam kes membabitkan penghinaan kepada mendiang Karpal, perbuatan seumpama itu memang kita tidak sokong.
"Namun kita tidak akan ambil tindakan kerana ia dilakukan atas kapasiti peribadi dan saya percaya ia mungkin tidak disengajakan, Kita hanya akan menelefon dan memberi nasihat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.