Followers

Thursday, April 10, 2014

Hina Polis Trafik Di FB Pembantu AADK Ditangkap Polis




Alasan yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh anggota polis trafik yang menjalankan tugas. 
 
Dia disaman kerana memandu laju pada 17 Mac lalu dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah merupakan tempat yang tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju.

Tiga lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong!


Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah akhirnya menerima natijah daripada perbuatannya sendiri apabila dia membuat posting menghina anggota polis di dalam Facebook.

Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis setelah Salamah menulis dan menyiarkan posting menghina anggota polis dan menuduh mereka menerima rasuah di Facebook.

Jam 9:00 malam, pada 8 April, anggota polis wanita tersebut melihat dan membaca posting Norita Salamah di Facebook yang menyebut anggota-anggota polis trafik sebagai ANJING-ANJING PUTIH C NAJIB.

“Jaga-jaga kmu, blum smua rkyt malaysia dpt br1m, sbuk sdh anjing2 putih c najib cari duit utk dia & poket tapuk anjing tu sndri, klu pakai tali pinggang keledar tu, kasi lurus btul2, nti kna saman sbb begulung tu tali pinggang keledar.”

Anggota polis trafik wanita itu berasakan kredibilitinya dan reputasinya sebagai seorang anggota polis telah dihina, membuatkan dia tekad untuk melaporkan posting berkenaan. 
 
Sekiranya dibiarkan berpanjang, anggota trafik, khususnya trafik, akan dipandang serong.

Justeru selain laporan polis, anggota tersebut turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Selain ditahan di lokap dan akan direman, beberapa barangan milik wanita terbabit yang sudah bekerja di AADK Beaufort selama lima tahun, turut dirampas untuk siasatan.


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.