Followers

Wednesday, April 2, 2014

HAYAT KEPIMPINAN NAJIB SEMAKIN MENGHAMPIRI PENAMAT




Kepimpinan Najib semakin malap. Jelas sekali semakin ramai rakyat yang tidak suka dan tidak yakin dengan cara beliau mentadbir negara. 
 
Paling akhir kelemahan beliau begitu ketara sekali ialah kegagalan kerajaan pimpinannya menguruskan isu kehilangan pesawat MH370 dengan baik. Malah seluruh dunia menyaksikan kelemahan Najib yang tidak berani berdepan dengan wartawan. 
 
Beliau hanya hadir dalam dua sidang media berkaitan isu tersebut dan lebih malang lagi beliau tidak berani berdepan dengan soalan wartawan. 
 
Selepas membaca kenyataan bertulis dalam Sidang Media tersebut beliau terus 'Caa Alif Buuut'.


Hari ini portal Malaysiakini melaporkan bahawa satu tinjauan oleh firma kajian bebas Merdeka Center menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan sikap tidak puas hati ke atas kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tinjauan pada bulan Mac itu menunjukkan 44 peratus dari 1,005 responden memberi jawapan tidak berpuas hati dengan dengan kepemimpinan Najib.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding hasil tinjauan Merdeka Center pada bulan Disember.

Bagaimanapun, kepercayaan pengundi kepada Najib kekal tidak berubah pada tahap 52 peratus.
 


MUTALIGAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.