KUAT betul badi Anwar di Pahang.
Dulu, sebelum PRU 13 Anwar dijadualkan
akan berceramah di Felda Lepar Hilir, Kuantan. Maka, dikerah oleh
pemimpin Umporno kepada pencacai felda berkubu di setiap pintu masuk
felda. Takut sangat rahsia pemimpin Umporno menipu warga felda
dibongkar oleh Anwar.
Sebagai parti yang bertanggungjawab, kita mengalah dan mengadakan
program di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan. Puluhan ribu yang
hadir malam itu dan program berjalan aman damai tanpa salakan
anjing-anjing yang lapar.
Sejurus selepas PRU 13, kita bercadang untuk
anjurkan Himpunan Blackout di lokasi yang sama iaitu di Padang Mahkota
Aman memandangkan sebelum ini program berjalan baik dan terkawal.
Sepatutnya atas alasan itu, pihak berkuasa tiada masalah untuk
membenarkannya.
Malangnya, selagi ada parti bacul Umporno, selagi
itulah program yang melibatkan Anwar tidak pernah berlangsung tanpa
gangguan. Peliknya pihak berkuasa tunduk kepada parti bacul lagi dayus
berkenaan. Maka, dihalang himpunan Blackout diadakan di kawasan itu.
Lokasi Baru |
Rakyat mengalah, kita tergesa-gesa petang hari yang sama berpindah ke
Pejabat PKR Negeri Pahang di Jalan Beserah, Kuantan untuk meneruskan
program tersebut. Ternyata, dianggarkan 40 Ribu memenuhi seluruh
pelusuk dataran di Pejabat PKR Negeri.
Busuknya hati umpama bangkai,
penganjur himpunan tetap didakwa di mahkamah walaupun mengadakan
himpunan di perkarangan atau dataran pejabat parti sendiri.
Sehingga
kini kes masih belum selesai. Ertinya, program parti tidak boleh
diadakan di kawasan parti sendiri. Jika tidak bangsat, apa lagi mahu
disebut?
Terkini, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan Program Reformasi
2.0 peringkat Negeri Pahang pada 12/4/2014 (Sabtu) ini jam 08.30 malam.
Program ini tentunya melibatkan Anwar kerana beliau adalah tokoh
reformasi negara.
Kita mohon untuk diadakan di Padang Kemunting (MPK
4), Kuantan berdasarkan pengalaman lalu bahawa himpunan Hijau yang telah
diadakan di padang tersebut dipenuhi lebih kurang 30 Ribu orang tetapi
berjalan dengan amat tertib dan aman sekali.
Malangnya, secara
tiba-tiba pihak berkenaan memaklumkan bahawa padang tersebut akan
diubahsuai. Sehari dua lepas itu, mereka longgokkan pasir merata-rata
di tengah padang tersebut dan beberapa khemah telah didirikan kononnya
untuk ubahsuai. Maka, tiada kebenaran untuk mengadakan program di situ.
Kita mengalah lagi kerana kita bukan jenis rakyat yang suka kepada
kekacauan. Kita memilih lokasi yang pernah dibuktikan terbaik dan aman
sepanjang sejarah program di situ iaitu di Padang Mahkota Aman, Batu 11,
Kuantan.
Sekali lagi atas arahan bangsat yang penakut kepada Anwar,
mereka melarang padang tersebut digunakan atas alasan penduduk di situ
tidak bersetuju. Sedangkan semua tahu Taman Mahkota Aman majoriti
penduduknya hampir 80% adalah penyokong-penyokong PR. Peti undi kawasan
ini tidak pernah kalah di dalam beberapa PRU.
Kita mengalah dan terus mengalah untuk menunjukkan bahawa program
Reformasi 2.0 bukan menyasarkan huru-hara jauh sekali untuk merampas
kuasa dari orang gila secara kekerasan. Keputusan dibuat dengan rasa
kesal iaitu lokasi Program Reformasi 2.0 akan tetap diteruskan di Taman
Berjaya Permai, Kempadang - Sg Soi, Tanjung Lumpur, Kuantan pada tarikh
yang sama.
Peliknya, sebelum itu pihak berkuasa secara tiba-tiba
mencadangkan agar program tersebut diadakan di Pejabat PKR Negeri iaitu
kawasan yang mereka sendiri bawa kes ke mahkamah. Mengapa secara
tiba-tiba boleh pula guna perkarangan Pejabat PKR Negeri? Tidak lain
tidak bukan hanya untuk menyusahkan kita dan membuli kita.
Namun, kita berpendirian tegas bahawa setelah kita bertolak ansur dengan
mereka berkali-kali semenjak dulu lagi, kita harapkan kali ini pihak
mereka pula bertolak ansur. Maka, muktamadnya Program reformasi 2.0
tetap akan diadakan di Kempadang pada tarikh tersebut.
Apa akan jadi
jika lokasi itu juga akan dihalang? Teman-teman mencadangkan agar kita
berpindah ke dalam bandar Kuantan sekiranya kita masih terus dibuli
seperti ini.
Apa pun kita tetap yakin pihak berkuasa akan sedar dari igauan mereka
bahawa mereka selama ini telah di'perkangkungkan' oleh orang-orang
politik yang zalim itu.
Marilah hadir beramai-ramai ke Kempadang, Sg
Soi, Kuantan pada 12/4/2014 (Sabtu) ini mulai jam 08.30 malam bagi
membuktikan rakyat sudah naik bosan, jemu dan jijik dengan mainan
politik sebangsat ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.