AKU masih ingat sewaktu pemilihan parti sebelum ini. Waktu itu aku berkempen sakan untuk Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden menentang Zaid Ibrahim.
Bagi Ketua AMK pula, aku menyokong Chegu Bard menentang
Samsul Iskandar walaupun aku tahu waktu itu Chegu Bard pun tidak begitu
"Ngam' dengan Azmin dan Samsul Iskandar memang 'proksi' Azmin menentang
Chegu Bard.
Chegu Bard restu Saifuddin ? |
Aku sokong Azmin waktu itu kerana aku lihat Azmin lebih aku yakini dari
Zaid Ibrahim. Mana boleh aku sokong Zaid hanya kerana Chegu Bard tidak
'ngam' dengan Azmin.
Bagi aku berbeza, Azmin untuk Timbalan Presiden
dan Chegu Bard aku sokong sebab pada aku dia lebih berwibawa jika
memimpin AMK. Ada orang memilih secara 'borong', aku tidak begitu.
Pemilihan kali ini pun aku tidak suka memilih secara 'borong'.
Aku suka
'timbang kati', pilih yang terbaik dari yang baik. Maka, Azmin pilihan
aku dan Chegu Bard aku harapkan menang sebagai Ketua AMK.
Pilihan aku tepat. Zaid akhirnya tunjukkan sikap beliau yang sebenar.
Beliau keluar parti akhirnya bila Azmin dipilih sebagai Timbalan
Presiden. Bayangkan jika waktu itu aku sokong Zaid?
Mana aku mahu
letak muka orang yang aku pilih akhirnya khianati parti? Itu kisah
dulu. Chegu Bard pun tewas dengan penuh 'kontroversi' namun beliau
tetap setia dengan parti bahkan bertambah kuat beliau bekerja untuk
melawan Umno/Bn.
Siapa kata Azmin tiada Tim? |
Tulisan aku kali ini adalah tentang jawatan Timbalan Presiden, khususnya
di antara Azmin dan Saifuddin. Aku fokus dua tokoh ini saja. TS
Khalid aku tolak tepi dulu kerana aku tidak boleh gambarkan bagaimana
jika MB Selangor ini menjadi Timbalan Presiden.
Rasanya elok saja TS
Khalid tarik diri walaupun tempoh tarik diri sudah berlalu tapi boleh
dilakukan jika mahu. Biarkan saja Azmin lawan Saifuddin. Buku bertemu
ruas.
Member tanya aku, mengapa Chegu Bard seperti satu 'Tim' dengan Saifuddin
kali ini? Bukankah Saifuddin menjadi sasaran utama Chegu Bard selepas
pemilihan Ketua AMK yang lalu?
Semua tahu Chegu Bard banyak buat
laporan serta bukti-bukti kukuh tentang dikatakan penipuan atau
salahlaku di dalam tatacara pengundian Ketua AMK sehinggakan beliau
tewas tipis dengan Samsul Iskandar. Difahamkan semua aduan Chegu Bard
di'sorok' bawah karpet dan tentunya Saifuddin selaku Setiausaha Agung
bertangungjawab terhadap semua aduan tersebut.
Chegu Bard kritik hebat
Saifuddin waktu itu sehinggakan akhirnya Saifuddin pernah tawarkan Chegu
Bard jawatan Penolong Setiausaha Agong, mungkin untuk 'memujuk' amarah
Chegu Bard. Tapi, Chegu Bard punyai prinsip. Beliau bukan mahu
jawatan, beliau mahu keadilan dan ketelusan di dalam parti ini
ditegakkan.
Tapi, kali ini mengapa Chegu Bard menyebelahi Saifuddin untuk bertanding
merebut jawatan Timbalan Presiden menentang Azmin? Pada fikiran aku,
ye, mungkin Azmin tidak begitu digemari oleh Chegu Bard dan Saifuddin
juga bukannya tidak pernah dikritik oleh Penyelaras SAMM ini. Saifuddin
turut membantu kekalahan Chegu Bard merebut jawatan Ketua AMK dulu
kerana Saifuddin gagal menyiasat secara telus aduan-aduan dari Chegu
Bard. Tetapi, mengapa Chegu Bard sokong Saifuddin sekarang?
Kalau aku berada di tempat Chegu Bard, aku juga akan buat seperti yang
Chegu Bard lakukan sekarang. Pilih yang kurang mudharat, pilih yang
terbaik dari yang baik.
Pada Chegu Bard, Saifuddin mungkin berlaku
tidak adil hanya kepada dirinya seorang, sebaliknya Azmin banyak
menimbulkan kegelisahan dan rungutan kepada ramai ahli-ahli parti di
seluruh negara terutamanya sikap beliau yang mencampuri di dalam
penentuan calon-calon di banyak negeri.
Ertikata lain, ada rungutan
bahawa Azmin suka meletakkan orang-orangnya di beberapa kawasan dan
meminggirkan orang-orang yang telah bekerja kuat di kawasan berkenaan.
Ini satu-satunya sikap negatif Azmin yang aku juga terasa ada benarnya.
Apa yang kita faham, calon Parlimen ditentukan oleh Pusat. Calon Dun
dipilih oleh Negeri dan direstui oleh Pusat. Itu sewajarnya yang
berlaku. Tetapi, di dalam PRU 13 yang lalu banyak Kerusi Dun diganggu
oleh Pusat dan Negeri seolah-olah terpaksa akur.
Maka, berlaku
huru-hara di Cabang dan akhirnya Negeri dipersalahkan kerana berlaku
calon 'payung terjun'. Paling mengaibkan, ada calon yang dapat Watikah
dari Pusat tetapi peruntukan pilihanraya dapat kepada orang lain. Ada
berita, Presiden restu orang lain, Azmin tukar orang lain.
Memang kita boleh salahkan Anwar kerana tidak kawal semua ini. Presiden
juga bersalah kerana membiarkan Azmin seperti terlalu berkuasa.
Saifuddin selaku SUA tentu tahu mengapa ini terjadi. Justeru itu, mahu
tidak mahu Saifuddin terpaksa lawan Azmin.
Bukan menolak Azmin kerana
Azmin tidak setia kepada parti atau Azmin rasuah, tetapi sikap Azmin
yang terlalu rakus, itu saja. Jika Azmin boleh hormat Ketua Umum, boleh
hormat Presiden dan lebih-lebih lagi tahu respek Negeri-Negeri dan
Cabang-Cabang, tiada sebab Azmin kita tentang.
Sebab itulah aku fikir Chegu Bard berada di saf Saifuddin sekarang.
Adakah Saifuddin lebih baik dari Azmin? Kita cuba dulu. Begitu juga,
aku teramat setuju jika Azmin dipilih menjadi MB Selangor menggantikan
TS Khalid jika perlu.
Apakah Azmin lebih hebat dari TS Khalid? Kita
boleh cuba dulu. Azmin kita sudah cuba sebagai Timbalan Presiden dan
kita sudah lihat apa yang berlaku di dalam PRU 13 yang lalu.
Kita mahu
di dalam PRU 14 nanti, suara pemimpin di Negeri dan di Cabang dihormati
dan Saifuddin perlu realisasikan ini jika beliau menang sebagai Timbalan
Presiden PKR di dalam pemilihan nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.