Followers

Tuesday, April 22, 2014

DS Anwar Dedah Maklumat Kekayaan Daim

 
 Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).

“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.
 
“Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. 
 
Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.
 
“Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini,” kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya.

Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawab menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.“Saya bawa perkara ini SPRM tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.

“Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno kamu kebal. Kamu curi banyak mana pun, bagi bukti banyak mana pun,” kata Anwar.Hrkh


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.