Followers

Sunday, April 13, 2014

Dalang Bocor Maklumat Lawatan Muhyiddin Di Dubai Terbongkar?

 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa perlu mengambil tindakan segera mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 April lalu. 

Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar, berkata laporan polis juga perlu dibuat terhadap mereka yang membuat dakwaan itu, iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berikutan tuduhan mereka berbaur hasutan dan palsu. 

“Ketua Setiausaha Negara mesti mengambil tindakan drastik mencari dalang dalam kerajaan yang membocorkan dokumen tidak sah ini,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP berkenaan mempersoalkan lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri ke Dubai yang didakwa tidak memberi manfaat kepada rakyat berikutan tugas rasmi Muhyiddin hanya beberapa jam dan masa selebih digunakan untuk bermain golf. 

Mereka turut meminta kerajaan memperjelaskan siapa yang membiayai perjalanan yang menggunakan pesawat khas serta perbelanjaan lain. ~bh


Addin:

Addin bersetuju bila ada pegawai yang salurkan maklumat berkenaan. Segala aktiviti pm,tpm dan menteri kabinet perlu diketahui oleh rakyat kerana segala perbelanjaan mereka dari kantung rakyat. Jadi tiada istilah membocorkan maklumat rahsia jika sekadar mendedahkan aktiviti lawatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.