Followers

Saturday, April 5, 2014

CNN,Sky News bersama Anwar(takkan disiar media Malaysia) dan bankrupt lagilah MAS macam ni...

  VIDEO :    http://alditta.blogspot.com/2014/04/cnnsky-news-bersama-anwar-dan.html


Jika tak mahu berubah, lebih baik MAS gulung tikar...

1. Sebelum tragedi kehilangan MH370, MAS telah pun melaporkan tentang kerugian terbesarnya RM1.17 bilion untuk tahun kewangan 2013 berbanding RM432.57 juta untuk tahun 2012. Ia merupakan 3 kali ganda kerugian tahun sebelumnya.

Segala harapan untuk menyaksikan MAS mampu untuk menjayakan program ‘pemulihan’ atau ‘turnaround’tahun ini 2014, tampaknya pasti akan tertangguh.

2. Untuk ingatan umum, kali terakhir keuntungannya adalah dalam tahun 2010 dan terkini, 70%  saham MAS masih dipegang oleh Khazanah Nasional. Saham MAS juga pernah jatuh ke paras 24 sen sejak kehilangan MH370 ini.

3. Pastinya dengan krisis malang ini kedudukan kewangan MAS akan menjadi lebih tertekan dan parah lagi.

4. MAS berdepan dengan bayaran gantirugi ke kepada keluarga mangsa ratusan juta ringgit dan juga penurunan jualan tiket penerbangan. Sebahagian akan dibayar oleh pihak insuran.

5.  Sukar untuk dibuat congakan tentang taksiran kerugian dan impak kewangan ‘Search and Rescue’ atau SAR dan seluruh aspek pengurusan yg tentunya jauh lebih kompleks dan ektensif. Kos juga termasuk menerbangkan keluarga ke Perth Australia di mana tempat pencarian sekarang ini sedang dilakukan.

6. Sebagai perbandingan Air France yang hilang dalam perjalanan dari Rio de Jenario ke Paris pada 2009, menelan belanja RM145 juta atau €32 juta utk carian selama 5 hari. Namun bangkai pesawat dan kotak hitam hanya diketekui dua tahun kemudian.

7. Melibatkan 26 buah negara seluruh dunia, termasuk China yang menghantar 7 dari 40 kapal penyelamat mereka, dianggarkan oleh pakar-pakar bahawa ia akan menelan ratusan juta dollar Amerika.

8. Rabu lalu pihak Pentagon sahaja, contohnya, dalam cariannya akan Kotak Hitam, menganggarkan kos seluruh perbelanjaan mobilisasi pesawat dan asset-aset navynya dalam lingkungan USD 3.3 juta.

9. Vietnam pula telah membelanjakan lebih dari USD 8 juta dalam operasi mecari dan menyelamat, SAR MH370 di kawasan Laut China Selatan. Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helicopter. Sementara itu, Singapura melibatkan dua kapal perang dan helikopter tentera laut mereka.

10. Bayaran awal USD5000 atau RM16,500 dibayar oleh kerjaan Malaysia kepada setiap keluarga mangsa. Mengikut perjanjian antarabangsa MAS akan membayar USD 175, 000 setiap mangsa. Andainya MAS yang disabitkan salah kemudian, maka bayaran akan ditambah lagi.

11. Sebaliknya, MAS telah melaporkan bahawa mereka telah mendapat bayaran USD100 juta dari puhak Boeing sebagai gantirugi utk kehilangan MH370 777-200ER jetliner malang itu.

12. Bercakap tentang apakah MAS akan terkesan di segi trafik penumpangnya? Pengalaman menunjukkan tragedi ini meninggalkan impak kepada penumpang meskipun tidak lama 5 ke 6 bulan. Itu lazim diperhatikan mengikut penganalisis.

12. Menurunkan harga tambang boleh membantu memikat sentiment penumpang, tetapi tidak membantu penjanaan pendapatan yang telah sedia terjejas kerana tawaran MAS sebelum tragedi pun telah sedia rendah kerana mengatasi persaingan sengit.

13. Menurunkan tambang akan terus menjejaskan kewangan MAS kerana pastinya tidak dapat mengatasi ‘kos per unit’ atau kos operasi setiap passenger setiap kilometre perjalanannya (CASM).

14. Sementara umum mudah memahami apakah impak kewangan yang akan dialami setelah ditimpa musibah MH370 ini, negara masih tercari-cari sentuhannya dan strategi berbisa untuk mengeluarkan penerbangan nasional ini dari kemelutnya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan ini.

15. Dalam fikiran penulis sudah terlakar 6 langkah cadangan konkritnya. MAS mesti berani untuk melakukan sesuatu dan berfikir diluar kotak serta bertegas untuk membuat perubahan-perubahan drastik tersebut. Sememangnya ia bukan satu yang mudah, tambahan dengan segala kekangan fikiran lama dan budaya yang menghambat kemajuan dan perubahan. Pun begitu, satu lagi seperti biasa bisnes di Malaysia ini, akan ditentukan oleh ‘konsultan berjenama dengan global branding’ yang dibayar berjuta ringgit tetapi mengekalkna kerja yang sama.

16. Mengongsi sedikit kata-kata hikmah pengurusan: ‘Kalau anda mahu miliki apa yang belum anda punyai, maka anda perlu lakukan apa yang belum pernah anda buat’! (If you want what you never had, then you must do what you’ve never done!). Fikir-fikirkan.- dr.dzulkifly ahmad,harakahdaily




MH370 : Kos Mencari MH370 Termahal Dalam Sejarah...

Selepas empat minggu kos misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ia bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, lapor media.

Sehingga kini, kos mencari MH370 sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah US$50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.

Menurut The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari.

Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari.

Apabila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah US$9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.

Tentera AS turut berbelanja sebanyak US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.

Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta).

Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.-tmi

Taxpayers will have to foot MH370 liabilities

See interview with CNN's Erin Burnett,OutFrontNews...



See interview from SkyNews...



Malaysian Government 'Concealing Information' About Missing Flight MH370...

We are raising serious concerns about incompetence and worse, national security. As a Malaysian I care deeply for the country. 

I pray for the passengers and their families. I defend the integrity of the innocent. 

And I believe the way forward is to embrace a transparent process that ensures an effective search and rescue operation, accountability for all involved, and for the country to learn lessons and improve to regain our lost credibility in the international community.


'Pinger battery life may be shorter than expected'...

Questions have been raised yet again regarding the integrity of Malaysian Airlines (MAS) flight MH370’s black box pingers, this time by its US-based manufacturer Dukane Seacom Inc.

The company’s president Anish Patel told CNN that the MAS’s pingers were due for  battery replacement in 2012, but his company has not received them to date.

If MH370’s pingers  are still using the old batteries, he said it could then last only 20 to 25 days, meaning the missing plane's would no longer be emitting signals by now.

The pingers are reportedly sealed and its batteries are not user-replaceable,  therefore typically returned to the manufacturer for new ones.

“We have no record of those units ever coming back for a battery replacement," Anish was quoted as saying.

The pinger, or more formally known as underwater locator beacons, is a component of the black box that emits a sound once every second until its batteries are depleted, upon submersion in water.

This sound can be detected up to a distance of 1.5 kilometres with specialised underwater audio emitters, to help searchers locate the black box in the event an aircraft crashes into the water.

Regulatory requirements mean that pinger batteries must last at least 30 days. To meet this requirement, Anish said fresh batteries could last up to 35 days.

The lithium battery strength weakens over time,  requiring replacement every five years.

However, he added that apart from a maintenance lapse, there are other possible reasons why his company did not received the pingers.

“Up until 2009, 2010, we used to see it on a regular basis. So, they could have gone to another protocol such as doing it themselves, or they could have gone to another repair facility,” he said.

Previously, CNN had quoted unnamed safety auditors that MAS stores its pingers in hot and humid conditions, contrary to manufacturer’s recommendations that it should be kept refrigerated or at room temperature.

This could potentially half the battery's life of MH370’s black box pingers if they were among those improperly handled, the report says.

Malaysiakini has contacted MAS regarding the storage conditions of MH370’s pingers on March 27, and contacted the airliner again this morning regarding the maintenance of those pingers.

As of writing, there has still be any response to both issues.- mk

'Hayat bateri kotak hitam mungkin lebih pendek'


Kotak hitam MH370 akan berhenti mengeluarkan 'signal' 5 hari lagi. 
Jangka hayat BN/UMNO berapa lama lagi...


We miss U Bernard Khoo aka Zorro-Unmasked...


I was deeply saddened to learn the passing of fellow blogger, Bernard Khoo. Meet Bernard in 2008 at the height of the 12th GE in Seberang Perai. Bernard,an ex-teacher, is a fighter and he kept reminding me that we must never give up hope nor matter what happens.He said our future is at stake because we cannot allow our country go to waste because of corruption and abuse of power of our current government.

To Bernard Khoo aka Zorro-Unmasked, I wish to express my sincere condolences to your wife and bereaved family. (Note - Funeral services on Monday, April 7, 2014 at the St Ignatius Church, Taman Plaza, Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor.) Goodbye, my friend may your soul RIP... t/sekole

cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.