Followers

Friday, April 18, 2014

BUAT MALU!!! Antara Karpal, Hudud dan Ekor, inilah Melayu UMNO?



http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/wp-content/uploads/2014/04/Karpal-Singh-1940-2014-480x300.jpg
 
Tadi masa di kedai makan kebetulan berita tengahari sedang ke udara jadi adalah berita mengenai insiden kemalangan yang melibatkan tokoh politik DAP iaitu YB Karpal Sigh dan berhampiran meja saya adalah tiga lelaki islam berusia 40an (tekaan saya) bercakap dan komen mengenai mendiang.

"Pergi dah seorang yang lantang menolak hudud dan negara islam,itulah mulut terlebih 'bijak' sangat."

Saya malas nak mencelah sebab rasa tiada manfaat pun mahu mencelah dengan pemikiran 'pekat' ortodoksnya.

Tak lama lepas itu saya terdengar perbualan dengan rakannya yang saya rasa macam tersembur nasi dekatnya.

"Eh kau ada gambar kereta yang kemalangan semalam tak?nak tengok nombor platnya kejap lagi bolehlah tikam nombor tu.mana tahu mengena ke."

Dalam hati saya kata buat malu islam sahaja ada orang sebegini,marah sebab orang lain tolak hudud dan negara islam tapi diri sendiri pun islam entah ke mana diletaknya,ingat pejuang islam sangat sekali sembang pasal judi nombor pula.


Ciss!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.