Antara Karpal Singh,Saiful Bukhari Dan Hari Jumaat
Disini aku nukilkan kembali sebahagian dari transkrip ketika Saiful
disoal balas oleh mendiang Karpal dalam perbicaraan kes liwat II DS
Anwar Ibrahim.Ketika itu Karpal merupakan peguambela DS Anwar.Jom baca :
Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)?
Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.
Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun?
Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.
Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?
Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.
Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan? Mohd Saiful :Ya.
Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?
Mohd Saiful: Ya.
Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu,Hakim Mohamad Zabidin memutuskan DS Anwar tidak bersalah meliwat Saiful.
Bagaimanapun pada 7 Mac lalu DS Anwar didapati bersalahselepas pihak pendakwa membawa kes ke Mahkamah Rayuan ~ Tinta Hijau DKB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.