Followers

Wednesday, April 30, 2014

Anwar 'Bedal' Khalid Ibrahim.

Photo: Anwar 'Bedal' Khalid Ibrahim.

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Selangor sepatutnya segera menghentikan catuan air walau kadar takungan air di Empangan Sungai Selangor masih belum di paras selamat.

"Walaupun jumlah ini belum mencecah paras 42 peratus takungan seperti yang diumumkan sebelum ini, saya menyarankan Kerajaan Selangor menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan mengambil kira paras takungan di empangan-empangan lain yang tinggi," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Anwar itu timbul selepas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mensyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor semalam membuat keputusan untuk menamatkan catuan air yang telah berlarutan selama dua bulan.

Dalam kenyataan itu, Anwar juga meminta agar penduduk di Lembah Klang supaya menggunakan air secara berhemah dan mengawal penggunaan air mereka.

"Ini memberi ruang kepada Kerajaan Selangor dan pihak yang bertanggungjawab membuat unjuran semula menggunakan kadar penggunaan air yang lebih rendah bagi mengelakkan catuan yang berpanjangan di masa hadapan," kata beliau.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus.

Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu.

Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius.

Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang.

Posted by Jeebond BLM.Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Selangor sepatutnya segera menghentikan catuan air walau kadar takungan air di Empangan Sungai Selangor masih belum di paras selamat.

"Walaupun jumlah ini belum mencecah paras 42 peratus takungan seperti yang diumumkan sebelum ini, saya menyarankan Kerajaan Selangor menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan mengambil kira paras takungan di empangan-empangan lain yang tinggi," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Anwar itu timbul selepas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mensyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor semalam membuat keputusan untuk menamatkan catuan air yang telah berlarutan selama dua bulan.

Dalam kenyataan itu, Anwar juga meminta agar penduduk di Lembah Klang supaya menggunakan air secara berhemah dan mengawal penggunaan air mereka.

"Ini memberi ruang kepada Kerajaan Selangor dan pihak yang bertanggungjawab membuat unjuran semula menggunakan kadar penggunaan air yang lebih rendah bagi mengelakkan catuan yang berpanjangan di masa hadapan," kata beliau.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus.

Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu.

Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius.

Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang.

Posted by Jeebond BLM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.