Followers

Tuesday, April 22, 2014

Anda Boleh Membenci, Tapi Jangan Menghina, Kerana Anda Tidak Tahu Hati Budinya.....

Dulu saya amat benci pada insan ini. Pada tahun 1992-1993...segala-galanya berubah apabila mendiang Karpal Singh menghubungi arwah abah saya untuk satu kes yang melibatkan abah saya. Kami sekeluarga terutama arwah abah tidak tahu menahu tentang kes tersebut. Mendiang Karpal Singh berusaha menjejaki arwah abah sehingga dapat dan telah menolong arwah abah dalam satu kes yang melibatkan ATM. Dalam kes itu...arwah abah menang. Kes diselesaikan di luar mahkamah. Dalam pertemuan arwah abah dengan mendiang....mendiang ada menyatakan beberapa perkara kepada arwah abah yang mana membuatkan saya lebih menghormati mendiang. Arwah abah juga memuji kebaikan dan layanan mendiang tanpa mengira darjat. Kepada rakyat Malaysia yang membenci mendiang...anda boleh membenci mendiang tetapi tolong jangan menghina dan mengutuk kerana anda tidak mengenali hati budi mendiang. Will miss him a lot...!!!Dulu saya amat benci pada insan ini. Pada tahun 1992-1993...segala-galanya berubah apabila mendiang Karpal Singh menghubungi arwah abah saya untuk satu kes yang melibatkan abah saya. 

Kami sekeluarga terutama arwah abah tidak tahu menahu tentang kes tersebut. Mendiang Karpal Singh berusaha menjejaki arwah abah sehingga dapat dan telah menolong arwah abah dalam satu kes yang melibatkan ATM. 

Dalam kes itu...arwah abah menang. Kes diselesaikan di luar mahkamah. Dalam pertemuan arwah abah dengan mendiang....mendiang ada menyatakan beberapa perkara kepada arwah abah yang mana membuatkan saya lebih menghormati mendiang. 

Arwah abah juga memuji kebaikan dan layanan mendiang tanpa mengira darjat. Kepada rakyat Malaysia yang membenci mendiang...anda boleh membenci mendiang tetapi tolong jangan menghina dan mengutuk kerana anda tidak mengenali hati budi mendiang. 


Will miss him a lot...!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.