PRK PADA 25 MEI 2014
BERIKUTAN kekosongan kerusi Parlimen P51 Bukit Gelugor, Pulau Pinang
ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh, khabar angin mula bertiup
kencang mengatakan anak perempuan mendiang, iaitu Sangeet Kaur Deo
berkemungkinan akan diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) di kawasan tersebut pada 25 Mei ini.
Akhbar Tamil tempatan , Malaysia Nanban hari ini melaporkan bahawa
Sangeet Kaur atau seorang lagi anak lelaki Karpal iaitu Ramkarpal Deo
dikaitkan sebagai calon DAP untuk mempertahankan kerusi itu.
Selain itu, Aahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, R.S.N. Rayer
turut disebut-sebut sebagai seorang lagi calon yang kemungkinan besar
akan dicalonkan untuk kerusi tersebut.
Namun lapor akhbar Tamil tempatan terkemuka itu lagi, peluang Rayer
tipis berikutan prinsip mendiang Karpal yang berpegang kepada seorang
wakil rakyat hanya satu kerusi.
Mengikut pecahan pengundi, sebanyak 74 peratus pengundi di parlimen itu
terdiri dari kaum Cina dan ia merupakan kelebihan kepada DAP yang sudah
pasti akan meraih kemenangan dengan majoriti yang besar waaupun siapa
sahaja yang menjadi calon.
Yang menjadi persoalan ialah sama ada Barisan Nasional (BN) akan
meletakkan calon yang sesuai untuk yang mampu memberi cabaran pada
pilihan raya kecil itu, atau memberi laluan mudah kepada DAP menang
tanpa bertanding.
Semalam Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
menyifatkan kawasan itu kerusi tetap MCA dan sedang memantikan kata
putus kepimpinan MCA berhubung calon yang akan mewakili BN pada PRK
Bukit Gelugor.
Sementara itu, Pengerusi BN Pulau Pinang , Teng Chang Yeow pula berkata,
kepimpinan tertinggi MCA yang diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai akan
menentukan sama ada parti itu akan melatakkan calon untuk bertanding
pada PRK kali ini atau sebaliknya.
"Sejak ia merupakan kerusi tetap MCA, parti akan membuat keputusan sama ada mahu bertanding ataupun sebaliknya.
"Kami akan merujuk perkara ini kepada kepimpinan tertinggi BN sama ada
peringkat negeri, Pusat atau kedua-duanya bagi memuktamadkan tindakan
seterusnya berhubung PRK Bukit Gelugor kali ini," katanya.
Sementara itu, disebabkan para penyokong India dalam parti DAP mula
risau kerusi itu mungkin akan diberi kepada calon Cina jika anak Karpal
Singh tidak dicalonkan dan mereka mahu seorang calon India bertanding di
situ.
Pada perkembangan yang sama, salah seorang pemimpin kanan DAP meramalkan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu akan memilih calon dan calon
tersebut kemungkinan Ramkarpal atau Sangeet.
Karpal memang di Bukit Gelugor pada tahun 2004, 2008 dan 2013 tiga penggal berturut-turut dengan majoriti tinggi 41,777 undi.
UTUSAN KINI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.