Followers

Monday, April 7, 2014

Air sungai bertambah, loji rawatan air tingkat pengeluaran air terawat, lapor Syabas

  Beberapa loji rawatan air (LRA) yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Selangor telah dan sedang meningkatkan pengeluaran air terawat masing-masing berikutan penambahan aliran air sungai ekoran hujan beberapa hari lepas.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini, loji berkenaan ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

"Bekalan air tambahan telah disalurkan Syabas ke kawasan terlibat dengan catuan, namun situasi ini bersifat sementara.

Syabas juga menyatakan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumkannya bahawa paras empangan Sungai Selangor masih lagi berada di paras rendah.

Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat termasuk yang tidak terlibat dengan catuan disaran berhemat menggunakan air.

"Pengguna juga diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang semata-semata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakkan sistem paip agihan.

“Perbuatan ini melanggar Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi," katanya.

Pada masa sama, Syabas turut mengingatkan Badan Pengurus Bangunan (JMB) bagi kediaman bertingkat seperti flat dan kondominium supaya mengawal paras kolam simpanan air masing-masing sehingga mencapai paras yang stabil sebelum melepaskan air kepada penduduk.

Ini bagi membantu penduduk berkenaan menerima bekalan air mengikut tempoh yang dijadualkan. – 

Bernama.

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.