Followers

Tuesday, April 8, 2014

" 5 Kementerian Akan Dipanggil. 121 Kes Berdepan Tindakan. Tidak Cukup Lagikah Bukti Ketirisan Dalam UMNO BN "




Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima kementerian berkaitan setelah Laporan Ketua Audit Negara 2013 dibentangkan hari ini.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
"Sebanyak 71% audit yang terlibat adalah penambahbaikan manakala 29% lagi membabitkan penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan kecuaian.
"121 kes dibawa untuk diambil tindakan, 92 kes diselesaikan manakala 29 kes lagi belum selesai," katanya pada satu sidang media di Parlimen hari ini.
Jazlan berkata, Jabatan Kerja Raya dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan turut dipanggil apabila semua kementerian yang terlibat selesai berdepan dengan PAC.
Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipanggil berhubung pembinaan empangan raya Peda di Besut bernilai RM343.55 juta yang diberikan kepada syarikat usahasama dan tidak mempunyai pengalaman membina empangan secara rundingan terus.
“Projek ini sepatutnya siap pada November 2013 tetapi hingga ke hari ini gagal disiapkan,” katanya.
KPM dipanggil berikutan pembinaan kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dimaklumkan pembinaan tidak mengikut spesifikasi dan sehingga kini sijil layak menduduki masih belum diperoleh walaupun mula beroperasi pada 2012.
“Kami juga melihat mengenai perolehan universiti yang dianggap lemah pada masa ini setelah minggu lepas KPM dipanggil yang juga tidak mematuhi proses perolehan yang mantap.
“PAC mencadangkan agar audit khas dijalankan kepada proses perolehan universiti kerana perbelanjaankepada universiti setiap tahun, satu perbelanjaan besar,” katanya.
Jazlan berkata KKM dipanggil kerana pelbagai isu mengenai perolehan aset, penyimpanan rekod dan pengurusan program pembelian makanan serta pengurusan peralatan hospital yang tidak berjalan lancar menyebabkan ketirisan.
Katanya, Ketua Audit Negara turut mengadakan audit kepada KWSP terutamanya dalam pelaburan luar negara dan secara rambang pelaburan tersebut memberi pulangan yang baik.
“Pelaburan KWSP meningkat dari tahun ke tahun maka PAC diminta mendapatkan penjelasan mengenai langkah yang akan diambil bagi mengurangkan risiko pelaburan antarabangsa.
“Eloklah mereka dipanggil atas kepentingan rakyat untuk jelaskan aktiviti mereka dalam pelaburan antarabangsa,” katanya.TMI
 
Tikaqbuloh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.