Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mendakwa pentadbiran
Umno-BN yang ditadbir PM, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran
dua menteri besar tidak lama lagi.
Namum Awang tak menyatakan dua negeri yang akan terlibat.“Khabarnya dua
menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya
mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.
“Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat
ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus,” katanya dalam ruangan
bisik-bisik Awang Selamat, edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini yang
dipetik The Malaysian Insider.
Najib juga sudah mempunyai senarai pengganti calon menteri besar
berkenaan, tulis kolumnis itu.Jika benar, persoalan lebih menarik ialah
siapa pengganti mereka? Beberapa nama calon yang dilihat berwibawa sudah
pun dikenal pasti.
“Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya
Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu,” katanya.
Pertukaran pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu
dilakukan hanya semasa berlaku pilihan raya umum atau negeri
semata-mata, kata Awang lagi.“Awang berpendapat memang perlu ada
peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri
tertentu,” katanya.
Kolumnis itu juga berharap peralihan pentadbiran tidak hanya ditumpukan
kepada jawatan MB namun jawatan dalam parti.“Bukan sahaja kepimpinan
negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga
presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan)
tertentu dalam parti,” katanya, lapor The Malaysian Insider. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.