MP Ampang Zuraida Kamaruddin berkata penarikan
diri bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim bertanding sebagai
calon Bebas kerana 'takut' bersaing dengan calon wanita dalam pilihan
raya kecil DUN Kajang.
Timbalan Pengerusi PKR Selangor itu berkata berkemungkinan menteri itu bimbang kehilangan deposit sekiranya meneruskan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya itu DUN yang dijadual pada 23 Mac ini.
PKR mencalonkan Presidennya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, manakala BN mempertaruhkan Naib Presiden MCA Datuk Chew Mei Fun bagi mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.
"Saya fikir Datuk Zaid takut nak bersaing dengan wanita, nanti dia kehilangan deposit dalam PRK jadi sebab tu mungkin dia gugurkan dirinya sebagai calon," katanya dalam sidang media.
Zuraida yang juga ketua Wanita PKR menjawab soalan wartawan berhubungan tindakan Zaid menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu semalam.
Zaid dilapor berkata Anwar tidak lagi layak bertanding kerana kalah dalam kes tuduhan liwat II terhadapnya dan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kini terjamin dan kerajaan negeri akan kembali stabil.
Sementara itu, Zuraida juga menafikan dakwaan seorang kolumnis akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa beliau tidak memihak pada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya tak tahu apa asas yang digunakan untuk berkata begitu. Saya sokong Wan Azizah sepenuhnya.
"Kita yakin beliau akan bawa lebih banyak undian untuk Keadilan," katanya yang juga timbalan pengarah pilihan raya PKR.

Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.