Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri berkata, situasi kehilangan pesawat MH370 melampaui politik partisan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim patutu disiasat.
Selepas berhenti sekejap, Hishamuddin berkata: "Fokus daripada hari
pertama untuk mencari pesawat. Perkara ini melampaui politik."
Tabloid British itu dengan memetik sumber antaranya menggambarkan
juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai penyokong kuat Anwar dan
"fanatik politik".
Soalan Perancis: Kamu sepupu Najib?
Sementara itu, wartawan Perancis hari ini bertanya Hishammuddin sama ada
beliau sepupu kepada perdana menteri dan mahu "melindungi" Datuk Seri
Najib Razak.
"Saya boleh sahkan Najib sepupu saya... saya tidak tahu saya lindungi dia daripada apa.
"Saya tidak mahu pergi kepada jenis soalan ini," jawabnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.