Followers

Tuesday, March 18, 2014

UG BOIKOT PRK DUN KAJANG, SIAPA DIA UG ?

Photo: Selasa, 18 Mac 2014.

UG BOIKOT PRK DUN KAJANG, SIAPA DIA UG ?

APA sudah jadi dengan negara kita?  Apakah ini pembalasan apabila kita berada di sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan 47% yang tentunya tidak berkat kerana majoriti rakyat tidak menyokong mereka menjadi pemerintah?  

Benar, 47% adalah minoriti tetapi dari sudut undang-undang negara bukan semangat atau roh demokrasi, mereka tetap menjadi kerajaan kerana miliki Kerusi di dalam Parlimen lebih banyak dari PR.  

Oleh kerana mereka hanya mendapat 47% sepatutnya mereka bersyukur kerana masih menghuni Putrajaya.  Apakah mereka bersyukur?  

Sebaik saja mereka menang, rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak, barang dan tenaga letrik.  

Janji untuk menurunkan kadar tol tidak tertunai, cuma janji tol tidak dinaikkan yang memberi erti harga tol adalah sama seperti sebelum PRU 13 yang lalu.  Rejim 47% ini terus berlaku zalim apabila Ketua Pembangkang dihukum 5 tahun penjara.  Puaskah hati mereka?

Tentulah puas kerana tokoh yang mereka amat takuti bakal merengkok di dalam penjara.  Anwar tidak lagi dibimbangi menjadi MB Selangor.  Mereka sedar jika Anwar menjadi MB Selangor, rakyat akan lihat nanti prestasi Anwar di Selangor.  

Prestasi ini pastinya akan menjadi kayu pengukur kepada rakyat apabila PR menwar-warkan Anwar menjadi PM sekiranya PR dipilih oleh rakyat di dalam PRU 14 akan datang.  

Jika Khalid Ibrahim anak didik Anwar ini pun Umno tidak mampu untuk menjatuhkannya, bayangkan jika Anwar berada di Kerusi MB. 

Itu yang mereka takuti sangat.

Ini memberi makna strategi "Kajang Move" besar kesannya kepada Umno/Bn.  Strategi ini menyebabkan Anwar dihukum 5 tahun penjara.  Strategi "Kajang Move" juga memaksa Najib tiba-tiba lembut hati menandatangani MOu pengambilalihan konsesi air di Selangor.  

Jika tiada "Kajang Move", kerat jari jika Najib mahu turuti kehendak Kerajaan Negeri Selangor.  Buktinya, mana royalti di Kelantan?  Mengapa tidak dikembalikan?  Jawapannya mudah, iaitu tiada PRK di Kelantan.  Itu saja.

Aku tahu ada rakan-rakan di kalangan kita yang mahu boikot PRK Dun Kajang nanti.  Ini golongan beku otak mereka.  Mereka tidak boleh berfikir panjang.  Mereka sanggup tidak mengundi mana-mana parti untuk menunjukkan keras kepala mereka, biarpun nanti Umno/Bn menang.  Ada mereka kisah?  

Golongan ini ternyata memiliki dendam terhadap Anwar kerana Anwar dilihat terlalu berpengaruh di dalam dan di luar negara.  Mereka tidak mengundi langsung membawa maksud mereka adalah penyokong Umno.  Tidak mengaku tidak mengapa, tapi ramai yang sudah tahu wajah mereka sebenar.

Di saat tragedi MH370 masih buntu, di saat 6 orang mati sewaktu menyaksikan persembahan konsert gila atau mabuk di Bukit Jalil baru-baru ini, adik beradik UG sanggup membantu Umno/Bn menang di Kajang walaupun tidak secara langsung.  

Jangan marah aku, aku tidak sebut nama siapa dia di kalangan UG tersebut.  Tidak sebut nama tidak salahkan?

Dicatat oleh WFAUZDIN NS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.