SUBANG :
BN akan kalah jika tiada undi awal, kata Yash Phal Ghai dalam
Pembentangan LaporanTribunal Rakyat berhubung Pilihanraya Umum (PRU) ke
13 lalu di Subang, semalam.
Pengerusi Tribunal Rakyat itu memetik
laporan Merdeka Centre, BN akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13
sekiranya tiada undi awal.
Jelasnya lagi, kemenangan BN dalam PRU
lalu yang dipengaruhi undi awal memberi implikasi besar kerana majoriti
rakyat tidak mengiktiraf kemenangan tersebut.
“Seseorang calon yang tidak menang dapat
membuktikan tentang kehilangan 1605 undi di kawasannya, sedangkan
lawannya hanya menang dengan majoriti yang kecil.
“Dia kalah dengan 460 undi, sudah tentu
jika peti undi tidak hilang, perbezaan keputusan sudah pasti besar,”
jelasnya.
Sementara itu, beliau turut menegaskan agar suruhanjaya yang
mengendalikan pilihanraya untuk bertindak bebas dan tudak menyebelahi
mana-mana parti dalam setiap pilihanraya.
“Undang-undang perlu diubah untuk
memastikan suruhanjaya Pilihanraya benar-benar bebas dari pengaruh
kerajaan.
“Suruhanjaya juga perlu melaksanakan sesuatu pilihanraya bukan
mengikut arahan kerajaan, sebaliknya pilihanraya harus dijalankan
berdasarkan perlembagaan dan undang-undang,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.