Followers

Friday, March 14, 2014

Terkini!!! Siasatan Terhadap Seorang Krew MH370 Dan Penumpang Warga China Etnik Uighur Tidak Benar: Polis.. Jom Terjah!!!


 
Hadi Ho Abdullah

SEPANG: Bukit Aman menafikan laporan di beberapa laman portal online dan akhbar tempatan bahawa polis sedang memberi tumpuan kepada siasatan terhadap salah seorang krew MH370 dan seorang warga China berusia 35 tahun dari etnik Uighur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung siasatan berhubung kehilangan MH370 kepada media. 

"Siasatan ini adalah rahsia dan sedang dijalankan.

"Polis akan mendedahkan perkembangan terkini mengenai kes tersebut pada waktu yang sesuai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata sebarang laporan yang memetik beliau sebagai mengesahkan perkara itu adalah tidak benar.

"Laporan seperti itu tidak benar," katanya bagi mengulas laporan dakwaan tersebut.

Laporan tersebut mendakwa polis telah menyerbu rumah salah seorang krew tersebut dan menyoal ahli keluarga mereka.

Malah, lelaki etnik Uighur itu dilaporkan turut disiasat kerana latar belakangnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.