Followers

Tuesday, March 11, 2014

TERKINI MH370 : Mula-Mula 5 Bag, Kemudian Tak Ada, Selepas itu Ada 4 Bag... Mana Satu Yang Betul Ni ?


Photo: Selasa, 11 Mac 2014.

TERKINI MH370 : Mula-Mula 5 Bag, Kemudian Tak Ada, Selepas itu Ada 4 Bag... Mana Satu Yang Betul Ni ?

Gua rasalah Astro Awani pun dah naik MELUAT dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak-Pihak yang bertanggungjawab berkaitan Kehilangan Pesawat Mas MH370 Boeing 777-200, lu orang baca apa yang disiarkan oleh Astro Awani kat bawah ni. Jangan ada pulak Penchacai Angkat Najis kata yang gua ni buat FITNAH ok.

Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching kerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi. sumber

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mula-mula-5-beg-kemudian-tiada-selepas-itu-4-31672?cp

hemmmmm..... sama-sama lah berdo'a agar pesawat mas mh370 berserta anak-anak kapal dan penumpang-penumpang nya selamat... amin yarabbalalamin.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.Gua rasalah Astro Awani pun dah naik MELUAT dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak-Pihak yang bertanggungjawab berkaitan Kehilangan Pesawat Mas MH370 Boeing 777-200, lu orang baca apa yang disiarkan oleh Astro Awani kat bawah ni. Jangan ada pulak Penchacai Angkat Najis kata yang gua ni buat FITNAH ok.

Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching kerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi. sumber

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mula-mula-5-beg-kemudian-tiada-selepas-itu-4-31672?cp

hemmmmm..... sama-sama lah berdo'a agar pesawat mas mh370 berserta anak-anak kapal dan penumpang-penumpang nya selamat... amin yarabbalalamin.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.