Followers

Thursday, March 20, 2014

SPR Sudah Mula Buat Kerja2 kotor Di Kajang ?


Wahai SPR, bagaimanakah pengundi di Jalan Reko Kajang boleh dipindahkan tanpa pengetahuan ke Serdang sedangkan beliau mengundi untuk DUN Kajang, Parlimen Hulu Langat pada PRU13 lalu..

Mangsa hadir sendiri berjumpa Jingga 13 dan mengadu tentang masalah ini. Mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis walaupun jelas disini, bukan sekali tapi sudah berkali2 terjadi dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan sejak dulu lagi. SPR menyorok di sebalik Seksyen 9(a) bila perkara ini berlaku.

Adakah SPR akan beri alasan yang sama "sedikit kesilapan telah berlaku, tetapi buat masa ini tidak boleh diubah semula ke asal kerana peruntukan Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya 1958, melarang nama dibuang dari daftar pemilih yang telah diwartakan"??

Archidea Cronixx's photo.

Jelas sekali kekotoran telah berlaku dalam senarai pendaftaran pengundi pilihanraya kecil dun Kajang dan pihak SPR x pernah belajar dari kesilapan dan mengulanginya dengan sengaja!

Untuk menjadi pengundi seseorang itu perlu menandatangani borang pendaftaran SPR dan mempunyai salinan kad pengenalan. 
 
Jika cina ini menipu, kita meminta pihak SPR Selangor untuk menunjukkan bukti dari borang pendaftaran pertukaran kawasan mengundi!
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.