Followers

Thursday, March 13, 2014

Polis, Interpol Siasat Lelaki Etnik Uyghur, Penumpang Pesawat Hilang MH370

 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) semasa Mesyuarat Komunikasi antara PDRM dan ATM pada Januari 29. Terbaru dalam pencarian MH370, PDRM sedang menyiasat pensyarah kejuruteraan beretnik Uyghur, disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 13 Mac, 2014.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) semasa Mesyuarat Komunikasi antara PDRM dan ATM pada Januari 29. 

Terbaru dalam pencarian MH370, PDRM sedang menyiasat pensyarah kejuruteraan beretnik Uyghur, disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan polis antarabangsa Interpol bekerjasama menyiasat latar belakang seorang penumpang lelaki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang beretnik Uyghur berusia 35 tahun berbanding penumpang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan perkara ini kepada akhbar berbahasa Melayu Harian Metro hari ini.

"Kami masih melakukan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, lelaki Uyghur yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik itu disiasat kerana mempunyai kepakaran dalam bidangnya dan pernah membuat kajian simulasi penerbangan memandangkan kerajaan tidak menolak terorisme sebagai satu sebab kehilangan pesawat yang 239 penumpang itu.

Sumber memberitahu akhbar berbahasa Melayu itu lelaki ini disiasat kerana kepakaran yang dimilikinya.

"Kita tidak katakan dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latarbelakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat," kata sumber itu kepada Harian Metro.

Sumber itu berkata semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di Turki.

Uyghur merupakan kumpulan etnik Turki yang tinggal di China.

The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.